Tuesday, January 30, 2018

Thursday, January 25, 2018

Lawatan Akademik SMK Taman Johor Jaya 1, Johor

25 Januari 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan akademik daripada Jabatan Penyelidikan & Kerja Kursus, Pusat Tingkatan Enam (Mod 2), Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor. Lawatan ini disertai oleh 118 orang pelajar Tingkatan Enam Atas bersama 14 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat rujukan ilmiah bagi kerja kursus Penggal 2, STPM dengan tema dan skop pencarian iaitu 'Pelancongan' dan Álam Sekitar. 'Di samping itu lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar suasana pembelajaran di universiti.
Bergambar di hadapan bangunan perpustakaan

Kata aluan daripada Pustakawan Kanan, Unit Promosi dan Seranta

Guru-guru dan pelajar yang memenuhi auditorium

Taklimat ringkas pengenalan perpustakaan oleh Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Promosi dan Seranta

Penerangan mengenai pencarian bahan perpustakaan oleh Pustakawan Kanan, Unit Literasi Makluma

Cenderahati daripada perpustakaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Sokongan Akademik dan Seranta, Puan Anizah Tumin

Perpustakaan menerima cenderahati daripada pihak sekolah

Maskot perpustakaan, Dr. Hoothoot tidak ketinggalan untuk memeriahkan program lawatan ini

Ucapan akhir daripada wakil pelajar

Carian bahan di rak dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Carian bahan di bilik tesis dibantu oleh Ketua Pembantu Pustakawan Kanan

Carian bahan menggunakan Web Opac dibantu oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik dan Seranta

Pelajar menggunakan peluang yang diberi untuk menyiapkan kerja kursus melalui maklumat dan sumber yang terdapat di dalam perpustakaan

Monday, January 22, 2018

Program Winter Camp 2018 - Lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun

22 Januari 2018 -- Pusat Bahasa dan Pengajian Umum dengan kerjasama Unit Mobiliti UPSI telah menganjurkan Winter Camp 2018. Program ini melibatkan seramai 34 orang murid-murid dari negara China. Mereka telah dibawa melawat sekitar perpustakaan pada jam 11.30 pagi.


Bergambar bersama kakitangan perpustakaan di ruang novel, aras 4

Pelajar melihat koleksi Bahasa Moden yang terdapat di perpustakaan

Menonton filem di Unit Sumber Media

Bergambar di hadapan perpustakaan

Thursday, January 18, 2018

Bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015-2020

18 Januari 2018 – Bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015-2020 telah diadakan selama dua hari iaitu pada 16 - 17 Januari 2018 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihadiri oleh 49 orang kakitangan . Bengkel ini telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris . Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mengkaji semula dan membuat penambahbaikan pelan strategik Perpustakaan Tuanku Bainun mengikut lima teras utama yang telah di beri. Setiap pindaan dan cadangan pelan dibentang oleh setiap kumpulan dan dibincangkan bersama untuk penambahbaikan bagi memacu perkembangan dan kecemerlangan perpustakaan.

Antara kakitangan yang menyertai bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 - 2020

Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan, En. Mohamed Zaid bin Mohamed Idris merupakan fasilitator yang mengendalikan bengkel tersebut.

Antara kakitangan yang menyertai bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 - 2020

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Pn. Siti Sumaizan turut menyertai bengkel yang diadakan

Tuesday, January 9, 2018

Monday, January 8, 2018