Lawatan Penandaarasan ke Wisma BERNAMA

13 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan lawatan penandaarasan ke BERNAMA. Seramai 9 orang kakitangan darpada Unit Serial, Media Dan Sumber Elektronik serta Unit Promosi dan Seranta termasuk seorang Pegawai Sistem Maklumat telah mengikuti lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk melihat tatacara pengurusan bahan foto yang dilaksanakan oleh pihak BERNAMA. Kakitangan perpustakaan turut diberi penerangan ringkas tentang bahagian-bahagian yang terdapat di BERNAMA serta fungsi setiap bahagian.

Bergambar pintu masuk bangunan Wisma BERNAMA

Pengurus Unit Foto BERNAMA, Encik Farhan Mustafa dan Puan Siti Amirah Mohd Nor, Eksekutif Pemasaran menyambut kedatangan kakitangan perpustakaan. Kami di bawa ke dalam bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat pengenalan mengenai BERNAMA.

Lawatan sekitar BERNAMA. Kami dibawa ke Studio Berita, Unit BERNAMA Images, Perpustakaan dan juga BERNAMA Radio.

Keadaan di dalam bilik berita BERNAMA.