Mini Karnival Taman Sekiah Makmur

10 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan lagi khidmat sosial kemasyarakatan (CSR) dengan menyertai pameran organisasi kerajaan semasa Mini Karnival Rakyat 2018 anjuran Persatuan Penduduk Taman Sekiah Makmur (PPTSM) pada 10 Mac 2018 bertempat di Padang Taman Sekiah Makmur, Behrang Ulu. Program tersebut telah dirasmikan oleh dan YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II merangkap ahli Parlimen Tanjung Malim. Seramai lebih 100 orang telah mengunjungi booth perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Perkhidmatan Perpustakaan, Permohonan Keahlian Perpustakaan, pelbagai permainan yang dikendalikan oleh Ahli Kelab Sahabat Pustaka dan juga maskot perpustakaan Dr. Hoothoot turut memeriahkan booth perpustakaan.

Mini Karnival dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, ahli parlimen Tanjong Malim

Bergambar kenangan bersama YB Dato' Seri Ong Ka Chuan

Antara permainan yang dijalankan di booth perpustakaan

Pengunjung yang mencuba permainan 'puzzle'

Suasana meriah di booth perpustakaan

Kemeriahan di Mini Karnival Taman Sekiah Makmur