Lawatan Penandaarasan Daripada UPNM

18 April 2018 -- Perpustakaan telah menerima lawatan penandaarasan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Lawatan terdiri daripada 5 orang kakitangan dan tiba di perpustakaan pada jam 11.00 pagi. Beberapa perkara telah dibincangkan antara pihak UPNM dan juga Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) yang diwakili oleh Pustakawan Kanan, Encik Rozman Che Ross yang juga Ketua Bahagian Pengurusan Pelanggan & Koleksi. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai peraturan dan pelaksanaannya di PTB, impak daripada pelaksanaan peraturan dan cara PTB mengatasinya. Turut dibincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa dalaman dalam kes kecurian, kehilangan barang-barang pengunjung perpustakaan.

Bergambar di ruang hadapan perpustakaan

Perbincangan bersama Pustakawan Kanan, Encik Rozman Che Ross diadakan di Ruang Perbincangan, Aras 1, Perpustakaan

Perpustakaan menerima cenderahati daripada pihak UPNM

Cenderahati daripada PTB disampaikan oleh Encik Rozman