Lawatan Penandaarasan KIK Daripada UIAM

18 April 2018 -- Perpustakaan telah menerima lawatan kerja daripada Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Lawatan yang terdiri daripada 5 orang kakitangan telah tiba di perpustakaan pada jam 9.30 pagi dan telah disambut oleh Pustakawan Kanan Encik Hizam Samin dan Puan Wan Kartini Wan Sulaiman. Lawatan kerja ini lebih kepada untuk melihat dan berkongsi pengalaman mengenai projek Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) Perpustakaan Tuanku Bainun. Fokus utama adalah ingin melihat projek OffPAC yang telah menjadi Johan di Konvensyen KIK Universiti Awam pada tahun 2016.

Bergambar di ruang hadapan perpustakaan

Perbincangan di dalam Bilik Mesyuarat Utama PTB dan turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob

Pelawat diberi penerangan mengenai projek KIK Oasis (PTB) oleh Encik Hizam Samin selaku fasilitator kumpulan Oasis

Bergambar bersama Ketua Pustakawan di ruang pejabat beliau.