Jom Belajar Bahasa Isyarat

28 September 2018 -- Bersempena Pesta Buku UPSI 2018, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menjalankan program Jom Belajar Bahasa Isyarat. Program ini terbuka kepada semua. Dua orang pelajar daripada Fakulti Pembangunan Manusia iaitu Saudari Nur Anis bt. Mohd Kassim dan Saudari Aida Fariha bt. Zainul Azhari telah dijemput sebagai pengajar bahasa isyarat. Mereka merupakan pelajar tahun akhir dan sangat berpengalaman dalam mengajar bahasa isyarat. Ramai tetamu yang hadir dan ingin belajar sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat terutama mereka yang kelainan upaya. Sambutan kepada program ini sangat menggalakkan. Program ini dijalankan pada jam 10.00 pagi di Ruang Novel, Aras 4, Perpustakaan


Tmbalan Ketua Pustakawan Kanan turut serta dan sangat 'sporting' mengikuti program yang dijalankan

Pengalaman belajar bahasa isyarat digunakan sepenunhya untuk mengajar para jemputan

'Menyanyi' lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat

Cenderahati kepada pengajar disampaikan oleh TImbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan

Cenderahati kepada pengajar disampaikan oleh TImbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan