Pesta Buku UPSI Ke-16 2018

1 Oktober 2018 -- Pesta Buku UPSI Kali Ke-16 bagi tahun 2018 telah berlangsung selama 4 hari bermula 26 September sehingga 29 September 2018. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang pesta buku berlangsung anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang UPSI. Pembekal buku daripada syarikat-syarikat dari seluruh Malaysia dan juga penerbit buku dari pelbagai universiti dijemput untuk membuka booth jualan buku sepanjang pesta buku dijalankan.