Program Pembacaan Sempena Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020

 


    Progam Aplikasi TikTok: positif atau negatif pada perkembangan psikologi golongan muda menampilkan panel jemputan,  En. Ahmad Shazwi b. Ahmad Shukri yang merupakan Kaunselor UPSI. Manakala, moderator  ialah  En. Naqiuddin bin Abd Hadi, pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Matematik, UPSI. Slot berbentuk bual bicara ini disiarkan secara FB live melalui platform PPM dan PTB. Ia ditonton secara langsung seramai 1,580 orang. Antara isu yang disentuh oleh panel ialah sejarah ringkas penggunaan TikTok, pandangan Islam mengenai TikTok, kesannya pada psikologi remaja, punca penyalahgunaan TikTok, kesan– kesan positif TikTok dan bagaimana TikTok boleh diaplikasi dalam dunia perbukuan serta aktiviti pembacaan. Sebanyak 8 soalan secara langsung telah sempat dihuraikan oleh panel. Antaranya, rasional penggunaan TikTok di kalangan ahli akademik, isu kanak– kanak terpengaruh dengan TikTok, tindakan perundangan yang boleh diambil jika berlaku pencabulan hak– hak persendirian melalui TikTok, isu penggunaan TikTok di sekolah dan langkah-langkah sesuai untuk mengubah fikiran negatif ibubapa terhadap penggunaan TikTok. Antara aktiviti  lain dijalankan sepanjang bual bicara ialah ulasan 4 artikel berkenaan dengan aplikasi TikTok . Artikel– artikel yang diulas adalah seperti berikut:

Anderson, Katie Elson.”Getting acquainted with social networks and apps: it is time to talk about TikTok” Library Hi Tech News No. 4 2020. pp. 7-12.

Jensen, Kelly. “What makes these Librarians TikTok?” School Library Journal. August 2020. pp. 32-34.

How teachers and students are using TikTok in the classroom

https://www.learningliftoff.com/tiktok-in-the-classroom/

 Teachers on TikTok: reinventing teaching for new generations

https://observatory.tec.mx/edu-news/teachers-on-tiktok-world-teachers-day.

Program ini juga boleh ditonton melalui www.youtube.com/watch?v=Vc0jcr2NJmo