Pada 9 Julai 2025 yang lalu, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menjayakan satu lagi siri Library Roadtour, kali ini bertempat di Fakulti Muzik & Seni Persembahan (FMSP), UPSI. Program ini bukan sahaja menjadi medan interaksi mesra antara perpustakaan dan warga fakulti, malah turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik serta bermanfaat yang mendekatkan lagi komuniti akademik dengan sumber dan perkhidmatan perpustakaan.
Antara aktiviti utama yang telah dijalankan termasuklah Fun Games yang menceriakan suasana, jualan cenderamata eksklusif PTB, konsultansi penyelidikan (khusus untuk semakan jurnal), pameran dan pengenalan buku baharu melalui segmen New Book Alerts, serta perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku secara langsung di lokasi. Selain itu, promosi keahlian luar turut diadakan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna luar UPSI untuk menikmati manfaat yang ditawarkan oleh perpustakaan.
Salah satu sorotan utama program ialah sesi khas Latihan JSTOR: Unlock Academic Insights – Efficient Search Strategies! yang telah disampaikan oleh Pn. Nurul Hanisah. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara untuk mengakses JSTOR dengan lebih berkesan, melakukan carian lanjutan, memuat turun artikel ilmiah, serta menggunakan AI Tool terkini yang ditawarkan oleh platform JSTOR. Seramai 17 peserta, terdiri daripada pelajar dan pensyarah FMSP, telah menyertai latihan ini. Maklum balas yang diterima sangat positif, dengan ramai peserta menyatakan bahawa mereka kini lebih yakin dan mahir dalam menggunakan JSTOR untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Secara keseluruhan, seramai 50 orang telah terlibat dalam menjayakan program Library Roadtour@FMSP. Pihak PTB amat berbesar hati dan berterima kasih atas sambutan hangat serta kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga FMSP. Komitmen dan sokongan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kolaborasi antara perpustakaan dan fakulti mampu memberi impak yang besar dalam memperkukuh budaya ilmu di kampus.