Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia (USM)

 

        

     Lawatan penanda aras ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia (USM) oleh delegasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada 10 Julai 2025 (Khamis) bagi mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan Research Data Management (RDM). Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan bersama-sama kakitangan terlibat bagi pengurusan RDM daripada Perpustakaan Tuanku Bainun, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi bersama Pusat ICT.

Sepanjang lawatan ini, delegasi UPSI telah didedahkan kepada dasar, infrastruktur, serta pelaksanaan pengurusan data penyelidikan yang sistematik dan mampan di USM. Selain itu, sesi perkongsian ilmu dan perbincangan dua hala turut diadakan bagi memahami strategi dan cabaran dalam memupuk budaya pengurusan data penyelidikan dalam kalangan penyelidik. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh inisiatif UPSI dalam membangunkan rangka kerja RDM yang lebih mantap dan berdaya saing.


    Sesi taklimat
   
    Ketua Pustakawan, Cik Noriha Muhammad
   
    Kakitangan yang terlibat dalam pengurusan RDM