Transformasi Pusat Sumber KEMAS, Kg. Pasir Salak

 


1 Julai 2022 - Menyedari pentingnya memupuk minat membaca kalangan kanak-kanak dengan kepelbagaian bahan bacaan, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turun padang melakukan transformasi Pusat Sumber KEMAS Kampung Pasir Salak. Transformasi itu memberi fokus kepada penyediaan ruang yang lebih kondusif dengan penambahan sebanyak 300 buah naskah buku terkini bernilai RM4500 yang diperoleh daripada agensi luar seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta syarikat penerbitan Karangkraf. Ruang bacaan telah disusun hias dengan dekorasi menarik dan pelbagai rona warna perabot bagi menarik penyertaan anak-anak muda berkunjung ke pusat sumber. Semoga PTB akan terus menyumbangkan tenaga dan berbakti kepada masyarakat demi menggalakkan rakyat Malaysia minat membaca.

Mengeluar dan menyusun buku-buku sumbangan

Menyusun atur semula perabot-perabot yang dibeli

Pengalihan meja yang sedia ada mengikut susun atur yang telah dirancang

Melekatkan label bewarna pada bahan bacaan mengikut subjek

Satu sudut bacaan yang telah diberi nafas baru

                                      Anak-anak tadika KEMAS gembira dan selesa dengan suasana baharu pusat sumber

       Setiausaha Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
         Datuk Shaharuddin Abu Sohot melawat ke dalam perpustakaan KEMAS.


Majlis perasmian Program Transformasi Pusat Sumber KEMAS Kg. Pasir Salak