Library Roadtour Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)

 


 Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan Program Library Roadtour pada   7 Jun  2023, sempena Perhimpunan Bulanan UPSI yang dianjurkan oleh Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV). Program berlangsung di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Seramai115 orang pengunjung telah hadir memeriahkan beberapa aktiviti yang telah dirancang. 

Objektif utama program adalah untuk mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan      oleh PTB seperti pinjaman dan pemulangan buku (Books on Wheels), database usage training, konsultansi    penyelidikan, promosi keahlian luar dan semakan bayaran denda.  

Bagi untuk lebih menarik perhatian pengunjung, PTB juga menganjurkan aktiviti fun games beserta hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pemenang. Melalui penyertaan fun games ini PTB cuba untuk mempromosikan media-media sosial yang digunakan di PTB.

Semoga PTB dapat meneruskan program seperti ini untuk mendapatkan impak yang positif bagi pihak perpustakaan dan khususnya buat para pengunjung.

       Penerangan ringkas kepada Dato' Naib Canselor berkaitan perkhidmatan perpustakaan

            Suasana persekitaran Program Library Roadtour

            Pameran buku-buku baru

        Dato' Naib Canselor mencuba 'Fun Game'

                            Kakitangan yang turut serta menjayakan 'Fun Game'
    
    Jualan cenderahati

    Penerangan tentang keahlian perpustakaan