Lawatan Penanda Aras Unit Perpustakaan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam

 

    26 Jun 2023 - Unit Perpustakaan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam telah hadir bagi mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).Kunjungan seramai 54 orang guru pelatih dan pensyarah. Taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Pembangunan Teknikal dan Pustakawan Kanan adalah berkaitan dengan fungsi perpustakaan dan proses teknik bahan.

 Sejurus selepas taklimat, mereka dibawa melihat persekitaran ruang bacaan dan perkhidmatan di setiap aras PTB. Sebelum menamatkan lawatan, rombongan turut dibawa ke ruang kerja bahagian teknikal bagi melihat dengan lebih jelas bagaimana proses pembelian dan pengkatalogan bahan dilakukan.

Semoga kunjungan dan sesi perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh guru pelatih apabila mula berkhidmat kelak.

             Taklimat perpustakaan oleh Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan

Taklimat berkaitan proses teknik bahan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Pembangunan Teknikal

Para  pensyarah dan guru pelatih

Dibawa melawat sekitar perpustakaan

Penerangan oleh Pn. Azura Adnan, Pustakawan Kanan

Guru-guru pelatih mendengar penerangan daripada Pn. Saaidah, Pembantu Pustakawan Kanan

Penjelasan daripada Pn. Norhalida Derasol, Pustakawan Kanan