Majlis Perasmian Bilik 24 Jam dan Beanery Cafe PTB

 

6 Oktober 2023 , Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI melakar satu lagi sejarah dengan mengadakan majlis perasmian Bilik Bacaan 24 jam dan Beanery Café yang beroperasi 24 jam. Pihak PTB merakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada Naib Canselor UPSI diatas kesudian merasmikan Bilik Bacaan 24 jam dan Beanery Café PTB yang turut dihadiri oleh Y.Brs Prof. Dr. Norkhalid Salimin (TNC HEPA UPSI), Y. Brs. Prof. Dr. Ahmad Murtadha Mohamed (TNC HEPA UUM), Ketua-ketua Jabatan Daerah Muallim termasuk guru besar dan pengetua sekolah sekitar Daerah Muallim dan juga staf UPSI. Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh 103 orang dan telah mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada hadirin yang hadir.

 Antara intipati ucapan perasmian oleh Naib Canselor UPSI menyeru seluruh warga Muallim agar beramai-ramai merebut peluang untuk mendaftar sebagai ahli perpustakaan dan memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan agar aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai warga berilmu dapat dicapai. Kepentingan membina generasi yang berilmu adalah besar impaknya kerana kita semua adalah merupakan aset bernilai bukan hanya untuk mendepani negara pada waktu ini, malah mencorakkan negara pada masa hadapan.

 Dengan 84 kapasti tempat duduk sedia ada, ruang ini dinaik taraf kepada 140 kapasiti tempat duduk, diperbaharui dengan reka bentuk terkini, dilengkapi dengan perabot konsep moden dan terdapat vending machine cafe. Ini menjadikan Perpustakaan Tuanku Bainun suatu tempat yang paling digemari untuk dilawati dan juga menyajikan suasana yang kondusif untuk Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) setanding dengan perpustakaan -perpustakaan akademik terkenal di dalam mahupun luar negara.

Melawat persekitaran bilik perasmian

Tetamu jemputan

        Ucapan perasmian dari Dato' Naib Canselor

   Bergambar bersama-sama wakil dari Jabatan Bendahari, UPSI Holdings Sdn. Bhd.,TNC (HEPA)UUM dan TNC (HEPA)         UPSI
    
   Melihat mesin makanan dan minuman layan diri di bawah pengurusan UPSI Holdings, di Beanery  Cafe
    
        Bergambar kenangan Majlis Perasmian Bilik 24 Jam dan Beanery Cafe PTB