Library Roadtour Fakulti Komputeran & Meta - Teknologi


Hampir 180 pengunjung memeriahkan Program Library Roadtour 2023, sempena Hari Terbuka anjuran Fakulti Komputeran & META – Teknologi. Program berlangsung pada 31 Mei 2023 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Objektif utama program adalah untuk mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan, yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun seperti pinjaman dan pemulangan buku (Books on Wheels), database usage training, konsultansi penyelidikan, promosi keahlian luar dan semakan bayaran denda.

Bagi lebih menarik perhatian pelajar dan pengunjung, PTB juga menganjurkan aktiviti fun games beserta hadiah – hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pemenang. Melalui penyertaan fun games ini PTB cuba untuk mempromosikan media-media sosial yang digunakan di PTB.

Diharap program ini mendapat impak yang positif kepada Perpustakaan Tuanku Bainun dan khususnya buat warga Fakulti Komputeran & META – Teknologi.

Para pelajar mengimbas QR kod 

Database usage training

Pameran buku baru

Fun Games

Konsultansi Penyelidikan

Pemenang fun games bersama cenderamata