Orientasi Ahli Kelab Sahabat - Pengenalan

 






November 2022 - Bersempena dengan lantikan baru barisan Ahli Kelab Sahabat, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan orientasi untuk ahli yang baru menyertai kelab ini. Seramai 20 orang pelajar yang berkelapangan telah menyertai orientasi ini. Mereka telah dibawa untuk menjelajahi sekitar perpustakaan dan diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. 

Turut diterangkan berkaitan ilmu pencarian bahan dan pengkelasan bahan perpustakaan secara umum. Kaunter Sirkulasi dan Meja Penasihat Pembaca juga turut diterangkan tentang fungsi dan peranan. Seterusnya ahli-ahli juga akan didedahkan dengan Bengkel Pencarian dan Penyusunan Bahan yang akan dilaksanakan untuk melengkapkan siri orientasi ini.