Program Khidmat Kelestarian Komuniti Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ADDIN(LTDQ),Tapah (Siri 2)

 


2 Februari 2023 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan kerjasama melalui Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), dibawah Program Khidmat Kelestarian Komuniti bertempat di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ADDIN(LTDQ),Tapah. Program yang bertujuan untuk membantu menaiktaraf ruang pusat sumber yang kondusif, lengkap dan mampu memberi keselesaan kepada pelajar Maahad Tahfiz itu. 

Seramai 8 orang staf daripada PTB bertungkus lumus mencantikkan ruang pusat sumber ini selama dua hari. UPSI telah menyerahkan bahan bacaan terkini sebanyak 46 naskhah buku rujukan SPM dan bidang Qiraat bernilai RM1,000.00. 

Selain daripada projek menaiktaraf ruang, sesi pemindahan ilmu iaitu bengkel pengurusan pusat sumber turut disampaikan oleh En. Mohd Razalli Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan, kepada 20 orang peserta terdiri dari 4 buah cawangan ADDIN sekitar daerah Batang Padang. 

Pusat Sumber Maktabah Syeikh Abdul Aziz Abdul Salam, Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ADDIN telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Sabri Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Addin. Maahad Tahfiz ADDIN amat teruja sekali melihat hiasan dan dekorasi yang cantik ini. Semoga ianya dapat memberi semangat kepada pelajar untuk menjadikan membaca sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan seharian.


Bengkel Pengurusan Pusat Sumber