Khidmat Komuniti Kelab Sahabat Sekolah Rendah Islam (SRI) Kiblah, Kota Bharu

 



Sekumpulan pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjalankan aktiviti Khidmat Komuniti menaik taraf perpustakaan Rendah Islam Kiblah Kota Bharu Kelantan. Program kesukarelawanan ini melibatkan pelajar-pelajar UPSI dari Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI.
Program ini mendapat kerjasama daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Seramai 10 orang pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini.

Program bermula pada 11 Mei sehingga 14 Mei 2023, dianggap satu program yang mencabar daripada program yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar UPSI sendiri. Menurut pengarah program, Muhammad Hazim Rahisam, cabaran yang utama ialah jarak lokasi yang jauh dari Tanjong Malim ke Kota Bharu yang memakan masa hampir 10 jam menaiki bas.

    Keadaan bilik sebelum dinaik taraf

Gotong-royong yang dilakukan

Bersama tenaga pengajar sekolah

    Bergambar bersama Cik Noriha Muhammad, Ketua Pustakawan