Slot Bersama Perpustakaan Tunku Bainun Sempena Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (Millenia) Bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ambilan Mac 2023

 


   Pustakawan Kanan PTB, Puan Nor Hanizah Zahid telah menyampaikan taklimat perpustakaan kepada 529 orang pelajar baharu Prasiswazah 2022/2023. Dalam sesi tersebut, plejar didedahkan dengan kemudahan yang disediakan oleh PTB dan UDL. Penceramah turut menunjukkan cara bagaimana untuk mengakses kepada koleksi perpustakaan melalui tayangan video. Semasa taklimat, penceramah menyelitkan soalan untuk mengetahui sejauh mana mereka tentang perkhidmatan dan kemudahan di PTB dan UDL. Mereka diberikan cenderahati untuk setiap jawapan yang betul. Semoga sesi taklimat ini dapat memberi panduan kepada pelajar untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dengan lebih baik.

Taklimat disampaikan oleh Pn. Nor Hanizah Zahid, Pustakawan Kanan

    Kakitangan perpustakaan yang terlibat menjayakan program