Taklimat Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Ambilan Oktober 2023/2024

 


      Penolong Pustakawan PTB, Cik Sharifah binti Habib Elias telah menyampaikan taklimat perpustakaan kepada 3,289 orang pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Ambilan Oktober 2023/2024. Dalam sesi tersebut, pelajar didedahkan dengan video panduan supaya pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas tentang perpustakaan. Video berkenaan  turut memaparkan tentang cara untuk mengakses kepada koleksi perpustakaan . Di akhir sesi pelajar diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada penceramah. Semoga sesi taklimat ini dapat memberi panduan kepada pelajar untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih baik.

        Suasana di dalam Dewan Tuanku Canselor

Cik Sharifah Nurulhidayah binti Habib Elias telah menyampaikan taklimat perpustakaan 

Pelajar-pelajar Ambilan Oktober 2023/2024