Library Roadtour Sempena Pesta Buku UPSI Ke -18, 2023

 

    Bersempena dengan Pesta Buku UPSI ke-18, Perpustakaan Tuanku Bainun turut mengadakan program Library Roadtour bagi mendekati pelajar dan masyarakat setempat. Objektif utama kepada penganjuran aktiviti ini adalah untuk mempromosi kemudahan, perkhidmatan dan keahlian luar perpustakaan. 

    Selain dari itu, PTB turut menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, semakan denda serta promosi buku-buku baharu. Antara aktiviti lain yang mendapat sambutan pelajar sekolah dan warga universiti adalah ‘Fun Games’. Pelbagai hadiah menarik bagi mereka yang menyertai program ini. PTB juga mengambil peluang ini dengan membuat jualan merchandise seperti “totebag”, “Fridge Magnet” dan “Keychain”. 

    Sepanjang aktiviti ini berlangsung, seramai 300 orang telah berkunjung ke booth PTB yang terdiri daripada warga UPSI dan komuniti setempat.