CSR Khidmat Konsultansi dan Sumbangan Buku Perpustakaan Mini Kampung Orang Asli Chenan Cherah, Cameron Highlands

 

   

        Pentingnya akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak dapat disangkal dalam pembangunan masyarakat yang maju. Pada 29 hingga 30 Jun 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyambut usaha baik daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands untuk menjadikan PTB sebagai pakar rujuk dalam memberi khidmat nasihat dan pembangunan koleksi Perpustakaan Mini di Kampung Orang Asli (KOA) Chenan Cherah, Cameron Highlands.

 Inisiatif ini adalah satu usaha bagi memperluaskan akses kepada ilmu pengetahuan dan bahan bacaan di kalangan penduduk orang asli Chenan Cherah. Dana pembangunan perpustakaan mini ini adalah sumbangan dari Entrepreneurs' Organization (EO) Malaysia. Manakala UPSI telah menyerahkan bahan bacaan ringan sebanyak 130 naskhah bernilai RM1, 500.00.

Kehadiran wakil dari PTB disambut oleh penduduk KOA, yang menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan kesediaan untuk menyokong usaha membangunkan infrastruktur pendidikan di kawasan mereka.

Perpustakaan Mini ini bukan sekadar bangunan fizikal tetapi juga sebuah titik fokus untuk menyemai minat membaca dan pembelajaran dalam kalangan generasi muda serta komuniti setempat.

Diharapkan, dengan sumber pendidikan yang lebih mudah diakses, akan tercipta impak positif jangka panjang dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi di KOA, Cameron Highlands.   

Penyerahan sumbangan buku dari PTB

    Ruang perpustakaan mini setelah dinaik taraf

    Ruang membaca

  Wakil dari  Entrepreneurs' Organization (EO) Malaysia Menerima Cenderamata dari PTB

    Bergambar Kenangan Wakil PTB & Wakil Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands