Lawatan Peserta Program Pemerkasaan Kompetensi Pegawai Risiko (UKM)

 

      Pada 26 Ogos 2024, Program Pemerkasaan Kompetensi Pegawai Risiko telah diadakan di Scholar’s Suites, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan turut menyertai adalah seramai 30 orang kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi serta meningkatkan kompetensi pegawai dalam bidang risiko.

    Ketibaan peserta disambut  oleh Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB). Puan Firdausiah memulakan sesi dengan memperkenalkan peserta kepada Galeri Muallim, sebuah ruangan yang menampilkan pelbagai koleksi dan maklumat penting mengenai sejarah bumi Muallim dan perubahan era pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Selepas taklimat ringkas, peserta dibawa untuk menjelajah kemudahan lain yang disediakan oleh PTB. Mereka diberi peluang untuk melihat sendiri koleksi-koleksi yang meliputi pelbagai bidang ilmu serta akses kepada sumber-sumber maklumat yang disediakan untuk penyelidikan dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga diperkenalkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan untuk memenuhi keperluan akademik dan penyelidikan pengguna.

    Kunjungan ini diharapkan akan memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak, dengan meningkatkan pemahaman tentang peranan perpustakaan dalam menyokong pendidikan tinggi dan pembangunan profesional. Di samping itu, diharapkan kunjungan ini akan memperkukuh hubungan antara UPSI dan UKM serta membuka peluang untuk bekerjasama di masa hadapan.

    Dengan adanya pertukaran pengetahuan dan pengalaman ini, diharapkan bahawa kedua-dua institusi akan terus mengeratkan kerjasama dan memperkaya sumber pengetahuan yang bermanfaat kepada semua pihak yang terlibat.

        Taklimat ringkas disampaikan oleh Puan Firdausiah, Pustakawan

Memberi penerangan berkaitan teabrary

Galeri Muallim

Puan Azura Adnan, Pustakawan Kanan turut memberikan penerangan