Bengkel Kartun & Karikatur 2010













Poster (Klik untuk diperbesarkan)





Tarikh bengkel : (pindaan)




Sabtu hingga Ahad, 7 dan 8 Ogos 2010
Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bengkel telah ditunda ke tarikh-tarikh sepertimana di atas. Kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran, mohon untuk menghubungi pihak urus setia untuk memaklumkan mengenai komitmen penyertaan. Pihak urus setia bersedia untuk memulangkan yuran penyertaan kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran tetapi tidak dapat mengikuti bengkel setelah berlaku pindaan tarikh bengkel.



Tentatif bengkel : (Klik untuk diperbesarkan)





















Bertempat di :


Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, Tanjong Malim.







Pengendalian bengkel :


Bengkel ini akan dikendalikan oleh 3 orang kartunis yang berpengalaman iaitu :
Nud’s, Ramzahurin dan Wan daripada Majalah Gila-Gila.







Kelebihan bengkel :


  • Bengkel dikendalikan dengan santai dan kurang penggunaan istilah-istilah sukar.

  • Peserta akan bersemuka terus dengan kartunis profesional.

  • Peserta akan dapat memahami kaedah melukis kartun dengan lebih dekat dan bukan hanya pada kefahaman teori.



Yuran penyertaan :


RM 30.00 seorang (termasuk sijil penyertaan, makan tengahari dan minum petang)



    Borang penyertaan :


    1. Anda boleh dapatkan borang mulai tengahari Rabu 14 Julai 2010 di Kaunter Pengawal Keselamatan, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun, ATAU

    2. Pindah terima borang : (klik untuk diperbesarkan)








    Penghantaran borang penyertaan :
    Anda boleh menghantar borang yang siap diisi di Kaunter Pengawal Keselamatan, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun pada atau sebelum jam 5.00 petang Khamis 5 Ogos 2010. Tertakluk kepada kekosongan.


    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Urus Setia berikut :
    En. Hizam : 05-4506558 (Pejabat)
    013-2053495

    En. Khairul : 05-4506775 (Pejabat)
    En. Zaini : 019-5555330