Pertandingan Fotografi 2010





Bersempena dengan Kempen Galakan Membaca 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun akan menganjurkan Pertandingan Fotografi bertemakan 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'.





Peserta adalah digalakan untuk mengambil gambar apa jua peristiwa / senario yang memberikan gambaran mengenai budaya membaca atau usaha-usaha yang berteraskan ke arah memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat.





Pertandingan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UPSI kecuali Jawatankuasa Penganjur dan kakitangan UPSI berjawatan Ahli Fotografi. Pertandingan akan berlangsung selama dua (2 minggu) bermula 02hb. Ogos 2010 hingga 13hb. Ogos 2010. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5.00 petang, 13hb. Ogos 2010.






Syarat-syarat dan Borang penyertaan :


Penyertaan telahpun ditutup. Perhatikan laman ini untuk capaian dan pengumuman lanjut mengenai keputusan pertandingan.





Untuk maklumat lanjut hubungi :


En. Rozman Che Ross - 05-4506797/6832 (Pejabat)

En. Nurul Kashfi Subri - 05-4506833/6832 (Pejabat)