Pameran Anime & Manga 2010



Kini di ruang legar pameran, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun sedang berlangsung pameran bertema anime dan manga untuk tatapan para pengunjung.

Pameran ini akan berlangsung daripada 19 sehingga 30 Julai 2010. Di samping itu terdapat juga gerai jualan daripada penerbit-penerbit majalah komik di Malaysia (akan bermula pada 21 Julai 2010).

Marilah beramai-ramai mengunjungi Perpustakaan Tuanku Bainun ! Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada pautan 'Pameran Anime dan Manga 2010' di atas.

Selain daripada itu, alihkan juga perhatian anda kepada Bengkel Kartun dan Karikatur yang akan diadakan pada 24 sehingga 25 Julai 2010. Borang dan maklumat bengkel boleh diperolehi daripada pautan pada ruangan atas blog ini.