BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH @ SMKA Slim River

Pada 23 Mac 2011, Perpustakaan Tuanku Bainun melalui Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat telah menjalankan satu Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Slim River, Perak.


Bengkel ini merupakan program anjuran pihak SMKA Slim River untuk memberi pendedahan dan melatih para Pengawas Pusat Sumber Sekolah berkenaan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan En. Zulkifli bin Md Said.

Empat pustakawan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat yang di ketuai oleh Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris (Ketua Bahagian) dan di bantu oleh Puan Azura Adnan, Encik Rozman Che Ross dan Encik Nurul Kashfi Subri menjadi penceramah jemputan dalam bengkel berkenaan yang berlangsung di Pusat Sumber Sekolah, SMKA Slim River.

Peserta bengkel ini terdiri daripada Pengawas dan Guru – Guru Pusat Sumber Sekolah.

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah berjalan selama 3 jam dan dibahagikan kepada empat slot ceramah. Slot pertama di mulakan oleh Encik Nurul Kashfi Subri yang memberi penerangan ringkas berkenaan dengan Jenis Perpustakaan dan Peranan Pusat Sumber Sekolah. Slot ini bertujuan memberi pendedahan dan pengenalan kepada semua pengawas pusat sumber sekolah berkaitan bidang perpustakaan dan peranan pusat sumber sekolah kepada mereka.

Puan Azura Adnan telah memberi penerangan yang jelas berkaitan Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah yang merangkumi peranan dan fungsi bahagian Perolehan, Pengkatalogan, Pembangunan Koleksi dan Perkhidmatan yang boleh diaplikasi di pusat sumber. Slot ini dapat memberi pendedahan akan kepentingan bahagian – bahagian ini dalam memastikan pengurusan sesebuah pusat sumber itu lebih sistematik dan teratur.

Encik Rozman Che Ross meneruskan program dengan memberi penerangan berkaitan Pengurusan Automasi di PSS. Penjelasan perisian sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma di atas talian untuk kegunaan di pusat sumber sekolah. Mengakhiri slot bengkel ini,

Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris menarik perhatian peserta bengkel mengenai Pustakawan sebagai Kerjaya. Penerangan yang jelas berkaitan dengan bidang kepustakawaan ini dapat menarik minat mereka dalam mengembangkan minat mereka dalam bidang ini.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada semua penceramah jemputan dan bengkel ini bukan terhenti di sini sahaja, ia akan di teruskan di Perpustakaan Tuanku Bainun dengan diadakan satu bengkel khas yang melatih dan memberi pendedahan khusus berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada semua pengawas dan guru - guru Pusat Sumber Sekolah, SMKA Slim River.

Laporan: Nurul Kashfi Subri (Unit Khidmat Nasihat)