Thursday, December 29, 2011

Penamatan Perkhidmatan Green IT Learning Centre

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan Green IT Learning Centre yang menempatkan 100 unit thin client untuk kegunaan para pengguna Perpustakaan Tuanku Bainun telah tamat kontrak perkhidmatannya.

Sebagai alternatif, pengguna perpustakaan boleh menggunakan terminal thin client yang disediakan di dalam bilik-bilik karel ataupun menggunakan kemudahan WiFi untuk akses internet di dalam bangunan perpustakaan.

Sekian, dimaklumkan.

Wednesday, December 28, 2011

Makluman Gangguan Perkhidmatan Portal Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Adalah dimaklumkan Portal Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI kini sedang mengalami gangguan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak perpustakaan kini sedang mengambil semua langkah yang perlu bagi memulihkan perkhidmatan atas talian untuk para pengguna secepat mungkin.


Pengguna bolehlah menghubungi Perpustakaan Tuanku Bainun di talian 05-4506802/6832 atau menghantar e-mel ke pustaka@upsi.edu.my untuk sebarang masalah atau pertanyaan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi

Terima kasih

Saturday, December 24, 2011

Penutupan Server-server PTB

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPPHB akan melaksanakan kerja – kerja penyelenggaran di Pencawang Elektrik UPSI No. 1 dan No. 6 pada 26 Disember 2011 (Isnin) bermula 09.00 pagi hingga 07.00 petang. Gangguan bekalan elektrik akan berlaku dan melibatkan bangunan Perpustakaan.

Lanjutan daripada gangguan ini, pihak Perpustakaan akan menutup semua server perkhidmatan bermula jam 12.00 tengahari 25 Disember 2011. Server-server ini akan dimulakan semula pada 8.00 pagi 27 Disember 2011. Servis-servis yang akan tergendala adalah WebOPAC, ILMU, Ezproxy dan UPSi Digital Collection. (Persediaan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan bekalan elektrik diputuskan tidak mengikut jadual di samping mengambil kira cuti perayaan pada 25 dan 26 Disember)

Sebarang urusan dengan sirkulasi bahan akan dipanjangkan kepada Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, dimaklumkan.

Monday, December 19, 2011

Tahniah !



Sekalung tahniah kepada Perpustakaan Tuanku Bainun di atas pencapaian berikut :

1. Tempat ke-2 : Pertandingan Laman Web Antara Jabatan UPSI 2011 (Kategori Jabatan)

2. Tempat ke-2 : Pertandingan Kaunter Berkualiti Antara Jabatan UPSI 2011

3. Tempat ke-2 : Pertandingan KIK Peringkat UPSI 2011 (melalui kumpulan Kaizen)

Semoga dengan pencapaian ini menyerlahkan lagi budaya kerja berkualiti dan berinovasi di kalangan warga kerja Perpustakaan Tuanku Bainun.

Monday, December 12, 2011

Power outage : Server room

We are currently experiencing some minor power outage at our server room. Some servers are now offline due to this incident. Please be patient with us as we are working closely with JPPHB to rectify the issue.

Update : 4.06PM Dec 12, 2011 - All issues has been rectified.

Wednesday, December 7, 2011

Bahasa jiwa bangsa...antara artikel menarik bulan November

Berikut adalah artikel-artikel majalah pilihan sebagai santapan minda warga UPSI. Semua majalah ini boleh diperolehi di Koleksi Terbitan Bersiri, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Bainun. Sila klik pada judul di bawah untuk mendapatkan artikel teks penuh anda. Selamat Membaca...
1. Unsur alam dalam nama orang Melayu
    Sumber : Dewan Bahasa
2. 18 aplikasi terbaik 2011
    Sumber : Majalah PC
3. Fakta menarik IT
    Sumber : Majalah PC
4. Ubat herba tidak selamat?
    Sumber : Dewan Kosmik
5. Peribahasa dan amalan negatif
    Sumber : Dewan Bahasa
6. Tempat dan namanya
    Sumber : Dewan Bahasa
7. Terbaik 2011 - gajet!
    Sumber : Majalah PC
8. Vitamin B17 penawar kanser
    Sumber : Dewan Kosmik