Monday, March 19, 2012

Tambahan akses jurnal online menerusi EZProxy

Adalah dimaklumkan bahawa akses terhadap jurnal-jurnal berikut telah disenaraikan untuk akses menerusi EZProxy :

1. America Physiological Society
2. Botanical Society of America
3. Journal of Southeast Asian Studies
4. Applied Linguistic + Online
5. International Journal for Quality in Health Care
6. The American Journal of Clinical Nutrition
7. JSTOR
8. International Review of Applied Linguistics in Language Teaching
9. Singapore Economic Review + Online
10. Higher Education Management and Policy

Sekian dimaklumkan.

Saturday, March 17, 2012

Penutupan server Perpustakaan Tuanku Bainun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Para pelanggan Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihormati,

Adalah dimaklumkan juga server-server perpustakaan akan ditutup bermula jam 7 malam Sabtu 17 Mac 2012. (Mohon dirujuk masukan blog sebelum ini mengenai penutupan kaunter dan servis perpustakaan). Ianya akan dimulakan semula pada Isnin 19 Mac 2012.

Bagi urusan pemulangan atau pembaharuan pinjaman bahan, para pelanggan bolehlah meneruskan urusan tersebut pada Isnin 19 Mac 2012. Sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan ke Pustakawan Meja Penasihat Pembaca di talian 05-450 6832 atau Kaunter Sirkulasi di talian 05-450 6802. Segala kesulitan amat dikesali.

Thursday, March 15, 2012

Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012


Pada 29 Februari 2012 (Rabu) yang lalu, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya menghimpunkan  lebih daripada 30 orang ahli yang datang daripada pelbagai IPTA seluruh negara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merangkap Pengerusi MySyL).

Antara agenda mesyuarat kali ini adalah Laporan Portal MyUniNet, MyTO & MyULIS, Laporan Sistem Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan Strategik ICT Perpun. Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun juga telah mengadakan demo dua sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor Rating Systems) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing Systems). Di akhir mesyuarat, kesemua ahli telah dibawa melawat ke kampus baru UPSI yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah. 


Wednesday, March 14, 2012

PENUTUPAN OPERASI PERPUSTAKAAN PADA 18 MAC 2012 (AHAD)

Para pelanggan Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihormati,

Perpustakaan akan ditutup pada Ahad 18 Mac 2012 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan dengan itu, semua perkhidmatan kaunter dan atas talian Perpustakaan Tuanku Bainun akan tergendala pada tarikh yang dimaksudkan di atas.

Bagi urusan pemulangan atau pembaharuan pinjaman bahan, para pelanggan bolehlah meneruskan urusan tersebut pada Isnin 19 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan ke Pustakawan Meja Penasihat Pembaca di talian 05-450 6832 atau kaunter sirkulasi di talian 05-450 6802.

Segala kesulitan amat dikesali.

BAHAGIAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN & MAKLUMAT
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN