Wednesday, April 18, 2012

Hari Bersama Pelanggan - Kolej Harun Aminurrashid


Setiap tahun Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) mensasarkan empat sesi dalam tempoh setahun bagi mengadakan Hari Bersama Pelanggan. Pada 25 Februari 2012,Hari Bersama Pelanggan yang pertama telah diadakan di Kolej Harun Aminurashid sempena dengan Karnival Anti Dadah (KANDA).Bermula pada pukul 9.00 pagi, kakitangan dari Unit Khidmat Pelanggan telah mula membuka booth pameran termasuk mempamerkan buku-buku yang terdapat di PTB.

Objektif Hari Bersama Pelanggan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan terkini yang terdapat di PTB disamping membantu pelajar semester baru  dengan memberi penerangan tentang Portal Pustaka, pencarian bahan menggunakan WebOPAC dan penggunaan EZProxy. Kami turut mengambil kesempatan ini dengan mengadakan Kelas Sesi Pendidikan Pengguna kepada pelajar semester baru. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pn.Firdausiah bt. Ahamad , pustakawan Unit Khidmat Pelanggan dan dibantu oleh kakitangan yang bertugas pada hari tersebut. Booth Hari Bersama Pelanggan ini tamat pada pukul 4.00 petang.

Kelas Sesi Pendidikan Pengguna 

Booth Hari Bersama Pelanggan

Penutupan server-server Perpustakaan pada 18 April 2012 jam 11.00 malam.

Assalamualaikum/Salam 1Malaysia,

Merujuk kepada memo emel daripada Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda bertarikh 5 April 2012, adalah dimaklumkan bahawa bangunan Perpustakaan akan mengalami gangguan bekalan kuasa elektrik disebabkan oleh kerja - kerja servis dan penyelenggaraan perkakasan pepasangan dalam pencawang - pencawang UPSI bermula daripada jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang pada 19 April 2012.

Bersehubungan dengan itu, server-server utama Perpustakaan akan mula ditutup pada jam 11.00 malam 18 April 2012 bagi memastikan keselamatan perkakasan-perkakasan berkenaan terjamin. Server-server berkenaan akan dimulakan semula pada hari Jumaat 20 April 2012 bermula jam 8.00 pagi.

Tuan/puan dan para pelanggan perpustakaan disaran untuk mengemaskini pembaharuan pinjaman bahan secara online sebelum waktu berkenaan atau berhubung dengan Meja Penasihat Pembaca di talian 05-4506832 untuk bantuan lanjut.

Semua kesukaran amat dikesali.

Sekian, dimaklumkan.

Pameran Tokoh & Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad


Dato’ Dr Hassan Ahmad adalah mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau dikenali ramai kerana telah berjaya menghasilkan lebih 500 buah artikel, esei dan kertas kerja dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang perancangan bahasa dan bidang industri serta pembangunan buku dan penerbitan, selain menghasilkan empat buah buku dan empat karya terjemahan.

Pada 28 Februari 2012 hingga 18 Mac 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan pameran tokoh Dato’ Dr Hassan Ahmad sempena Wacana Pemikiran Dato’ Dr Hassan Ahmad. Pameran ini telah diadakan di ruang pameran aras 1 Perpustakaan Tuanku Bainun manakala Wacana Pemikiran Dato’ Dr Hassan Ahmad telah diadakan pada 6 Mac 2012 di Bilik Serbaguna 1, Aras 4 Perpustakaan Tuanku Bainun.



Bahan pameran seperti buku penulisan Dato’ Dr Hassan Ahmad dan bunting mengenai beliau diperolehi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kami amat berbesar hati kerana pihak DBP sudi bekerjasama meminjamkan bahan-bahan tersebut untuk menjayakan pameran ini. Antara buku-buku yang dipinjamkan oleh pihak DBP adalah seperti Dasar Buku Negara, Al-Tauhid, Imbasan edisi pertama dan kedua, Melayu Glokal dan lain-lain lagi. Bahan pameran pula mempamerkan biodata Dato’ Dr Hassan Ahmad, ketokohan, hasil penulisan, pengiktirafan dan aktiviti beliau selepas bersara. Beliau telah meninggal dunia pada 31 Ogos 2011. Secara kesimpulannya, pameran ini telah berjaya diadakan untuk perkongsiaan  maklumat bagi semua warga UPSI.

Bahan pameran yang dipamerkan

Bahan pameran yang dipamerkan

Pengunjung melawat ke tapak pameran

Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad

Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad


Thursday, April 12, 2012

Gangguan perkhidmatan sistem perpustakaan

Adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku gangguan bekalan kuasa elektrik di bangunan E-Learning menyebabkan sistem pangkalan data sepusat yang digunakan oleh sistem-sistem perpustakaan terputus hubungan rangkaian.

Oleh kerana itu, sistem-sistem perpustakaan iaitu ILMU, Pustaka Portal dan EZProxy adalah tergendala sehingga notis pembaikpulihan selanjutnya dikeluarkan oleh Pusat ICT. Semua urusan sirkulasi tidak dapat diteruskan buat masa ini sama ada secara kaunter ataupun atas talian menerusi Pustaka Portal.

Semua kesulitan adalah amat dikesali dan harap maklum.

Thursday, April 5, 2012

JSTOR Online Databases


JSTOR is a not–for–profit service that helps scholars, researchers, and students discover, use, and build upon a wide range of content in a trusted digital archive of over one thousand five hundred academic journals and other scholarly content. We use information technology and tools to increase productivity and facilitate new forms of scholarship. Used by millions for research, teaching, and learning. With more than a thousand academic journals and over 1 million images, letters, and other primary sources, JSTOR is one of the world's most trusted sources for academic content. Available within the UPSI campus network and also through our EZProxy service (Login via 'My Account Login').