Gangguan Perkhidmatan Pustaka Knowledge Portal dan eJAS



Bersehubungan dengan penyelenggaraan pencegahan elektrik di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada 1 Mei 2014, pihak Perpustakaan Tuanku Bainun akan menutup server-server perkhidmatan bermula jam 8.00 pagi pada 1 Mei 2014. Perkhidmatan-perkhidmatan berikut akan terganggu :

1. Pustaka Knowledge Portal (http://pustaka.upsi.edu.my)
2. eJAS (http://ezpustaka.upsi.edu.my)
3. Pustaka 2 (http://pustaka2.upsi.edu.my)

Perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan di atas akan disambung semula pada 2 Mei 2014, bermula jam 9.00 pagi.

Sekian, dimaklumkan dan segala kesulitan amat dikesali.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN