Thursday, March 30, 2017

Sukan Tertutup Perpustakaan 2017



30 Mac 2017 --- Kelab Kakitangan Perpustakaan(KLIK) telah menganjurkan Sukan Tertutup Perpustakaan 2017. Pelbagai acara dipertandingkan kepada semua staf perpustakaan. Diantaranya ialah :
✔️ Bola Tampar
✔️ Badminton
✔️ Dart
✔️ Pingpong
✔️ Larian Merentas Kampus
✔️ Karom
✔️ Congkak
Semoga aktiviti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan semua staf.

Image may contain: 15 people, people smiling, outdoor
Image may contain: 17 people, people smiling, people standing and outdoorImage may contain: 17 people, people smiling, outdoor

Thursday, March 23, 2017

Library Road Tour @ E-Learning

22 Mac 2017 – Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Library Roadtour pada 21 dan 22 Mac 2017, bertempat di Foyer Aras Bawah, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik pelajar dan pensyarah menyertai aktiviti ini diantaranya Jom Cari Bahan@Perpustakaan, New Book’s Alert (What’s new@library), Books on Wheels dan Fun Corner. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 215 orang pelajar dan pensyarah telah berkunjung ke booth Library Roadtour @ E-Learning. Diharap program ini mendapat impak yang positif kepada Perpustakaan Tuanku Bainun dan warga UPSI.