Friday, April 28, 2017

Lawatan SMK Kijal, Kemaman, Terengganu

28 April 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman Terengganu seramai 40 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) UPSI ke perpustakaan pada jam 4.00 petang.

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan di bawa oleh pelajar UPSI

Pelajar SMK Kijal

Thursday, April 27, 2017

Lawatan Sambil Belajar Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Senawang 3, Seremban

27 April 2017 -- Telah berlangsung bengkel pengurusan Pusat Sumber kepada pelajar dan guru sekolah SMK Senawang 3, Seremban bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan. Bengkel ini dihadiri oleh 41 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber dan 3 orang guru pengiring. Semoga bengkel ini dapat membantu pihak sekolah dalam menguruskan pusat sumber sekolah.



Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pustakawan Kanan Unit Promosi dan Seranta
Pemprosesan bahan perpustakaan dikendalikan oleh Pustakawan Kanan Bahagian Perolehan
Penerangan pengkatalogan bahan disampaikan oleh Pustakawan Kanan Bahagian Pengkatalogan

Cara penyusunan bahan di perpustakaan dsampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan Koleksi

Cenderahati daripada pihak sekolah kepada perpustakaan

Bergambar selepas program selesai

Lawatan Yogyakarta State University, Indonesia

27 April 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Yogyakarta State University, Indonesia seramai 12 orang termasuk pelajar dan pensyarah. Lawatan ini telah dibawa oleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi.

Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan

Melawat sekitar perpustakaan

Menerima cenderahati daripada pelawat

Pelawat berehat sebentar di Bilik Pascasiswazah, Aras 3 Perpustakaan

Tuesday, April 25, 2017

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

25 April 2017 -- Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah diadakan di sekitar bangunan perpustakaan yang disertai oleh pengguna dan kakitangan perpustakaan. Semoga program ini dapat mempertingkatkan budaya membaca ke arah membentuk rakyat Malaysia yang minat membaca dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Terima kasih kepada semua pengguna dan kakitangan perpustakaan yang telah terlibat dalam menjayakan progam ini.

Ketua Pustakawan turut menjayakan program Jom Membaca Untuk 10 Minit

Pegawai-pegawai perpustakaan berhenti bermesyuarat selama 10 minit bagi menjayakan program Jom Membaca Untuk 10 Minit ini
Pelajar-pelajar di ruang bacaan

Friday, April 21, 2017

Lawatan SMK Shah Bandaraya, Klang & SAM Paya Jaras, Selangor

21 April 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Bandaraya, Klang & Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Selangor seramai 17 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat UPSI ke perpustakaan pada jam 3.00 petang.

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Lawatan sekitar perpustakaan

Di Ruang Teabrary, Aras 1 Perpustakaan

Wednesday, April 19, 2017

Movie Review on 'The Conjuring 2'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Movie review on 'Long Long Time Ago 2'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...

Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Tertutup Perpustakaan

19 April 2017 -- Majlis penyampaian hadiah Sukan Tertutup Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah dijalankan di Auditorium PTB dengan dihadiri oleh semua kakitangan perpustakaan. Pasukan Blue Avatar telah dinobatkan sebagai Johan bagi temasya sukan yang julung-julung kali diadakan ini. Naib Johan pasukan Black Decepticon, tempat Ketiga pasukan Purple Paladins dan tempat Keempat pasukan Yellow Bumblebee. Turut disampaikan hadiah kepada para pemenang Peraduan Teka Batang Aiskrim yang telah dijalankan ketika Program Library Roadtour@E-Learning pada 21-22 Mac 2017 yang lalu

Kakitangan perpustakaan dan pemenang Peraduan Teka Batang Aiskrim di dalam Auditorium PTB
Pasukan Yellow Bumblebee

Pasukan Purple Paladdins

Pasukan Blue Avatar

Pasukan Black Decepticon

Hadiah pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Mohamed Zaid Mohamed

Pelajar UPSI yang meneka hampir tepat

Kakitangan UPSI juga turut menyertai peraduan

Kakitangan UPSI yang memenangi hadiah peraduan

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...











                                  

Lawatan Prince of Songkla University, Thailand

19 April 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Prince Of Songkla University, Thailand seramai 63 orang. Lawatan ini telah dibawa oleh Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI ke perpustakaan pada jam 11.00 pagi.

Taklimat perpustakaan oleh pustakawan
Melawat sekitar perpustakaan
Penerangan mengenai koleksi perpustakaan oleh pustakawan
Pustakawan pengiring lawatan

Tuesday, April 18, 2017

Kumpulan KIK Oasis Merangkul Pingat Emas

18 April 2017 --- Adalah dimaklumkan kumpulan KIK Oasis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya merangkul Pingat Emas bagi projek bertajuk: PENCARIAN BAHAN PERPUSTAKAAN MENGGUNAKAN OPAC KURANG EFISIEN di Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau Pinang. Inovasi OffPAC yang diperkenalkan oleh kumpulan ini telah berjaya menambat hati juri. Tahniah

Anugerah Emas untuk Kumpulan Oasis

Ahli kumpulan membentangkan projek kepada para juri

Piala dan sijil penghargaan yang dimenangi

Empat daripada enam orang ahli KIK Oasis yang menyertai Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara, di Hotel Ixora, Pulau Pinang. Dari kiri En. Mohd Hizam bin Samin (Fasilitator), En. Khairul Asyrani Sulaiman, En. Mohd Razalli Ahmad Termizi (Ketua Kumpulan), En. Nurul Kashfi Subri

Ketua Kumpulan KIK Oasis, Encik Mohd Razalli Ahmad Termizi menerima piala dan sijil daripada Ybhg. Dato' Dr. Haminuddin Hj. Abd Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia

Saturday, April 15, 2017

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang

15 April 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang seramai 40 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Persatuan Multimedia Kreatif daripada Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif (FSKIK) ke perpustakaan pada jam 11.00 pagi

Bergambar di hadapan bangunan perpustakaan


Bersama kakitangan perpustakaan, pengiring lawatan sekitar perpustakaan

Wednesday, April 12, 2017

Perkongsian Ilmu "Saya Suka Membaca"

Bersempena dengan majlis pelancaran NILAM, KM1M dan VLE FROG di SKTM pagi tadi, pihak perpustakaan turut dijemput untuk memberi sedikit perkongsian ilmu tentang kelebihan "Saya Suka Membaca". Perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh Pn.Muliati Samad, Pustakawan Kanan dari Unit Monograf dan Koleksi Khas serta Pn.Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan dari Unit Promosi & Seranta. Semoga aktiviti ini memberi impak kepada murid-murid tahun 4&5 dan menjadikan membaca sebagai satu amalan hidup.