Thursday, May 25, 2017

Movie Review on 'Now You See Me 2'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Movie Review on 'Ola Bola'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...

Wednesday, May 24, 2017

Lawatan Akademik Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana

24 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan akademik daripada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam seramai 11 orang termasuk pelajar dan pensyarah pengiring. Lawatan ini merupakan lawatan akdemik bagi memenuhi keperluan kursus MLS730-User Needs And User Studies

Taklimat dan pengenalan perpustakaan di sampaikan oleh pustakawan di Bilik Mesyuarat Utama, PTB

Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris menerima cenderamata daripada pihak UiTM
Lawatan berpandu dan penerangan disampaikan oleh Pustakawan Kanan

Pelawat bergambar di 'photobooth' yang disediakan

Bergambar kenangan bersama-sama Pegawai Ikhtisas Perpustakaan di hadapan bangunan perpustakaan

Friday, May 19, 2017

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...

Wednesday, May 17, 2017

Lawatan SK Sungai Behrang, Slim River, Perak

17 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang, Slim River, Perak seramai 31 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Aktiviti dalam kumpulan yang dikendalikan oleh pelajar UPSI

Melawat sekitar perpustakaan
Bergambar kenangan di ruang pameran, Aras 1 Perpustakaan

Tuesday, May 16, 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) DI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA, CHERAS.


16 Mei 2017 | Jam 10:00 pagi, rombongan Perpustakaan Tuanku Bainun yang terdiri daripada 15 orang kakitangan telah membuat perubahan dengan memasang tikar getah baru di sekolah komuniti Rohingya yang terletak di Kampung Cheras Baru dan memasang rak buku di sudut bacaan sekolah. Kerja-kerja pemasangan rak buku dan tikar getah telah dibuat oleh kakitangan sendiri dibantu murid-murid lelaki yang sememangnya berminat kerja tersebut. Selesai kerja pemasangan rak, semua buku telah disusun semula di atas rak di tingkat 1 dan 2 mengikut peringkat umur dan tahap. Di samping itu, Perpustakaan Tuanku Bainun juga turut menyumbang buku-buku bacaan kepada sekolah untuk bacaan murid-murid sekolah ini. Ini bertepatan dengan objektif untuk melahirkan generasi celik ilmu dan meningkatkan budaya membaca sebagai satu amalan. Sekolah komuniti ini diusahakan oleh Malaysian Relief Agency, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Turut bersama adalah guru yang mengajar murid-murid secara sukarela dan penyelia sekolah iaitu Hajah Fauziah Tahar. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat kepada warga Sekolah Komuniti Rohingya. 





Monday, May 8, 2017

Lawatan Tamil University, Thanjavur, India

8 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan dari Tamil University, Thanjavur, India. Delegasi ini datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menandatangani MoA antara kedua universiti dan dikesempatan ini mereka berminat untuk melawat sekitar perpustakaan. Lawatan terdiri daripada 19 orang dan dibawa oleh Prof. Madya Dr. Samikkanu Jabamoney dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Lawatan sampai ke perpustakaan pada jam 9.45 pagi.

Bergambar kenangan di hadapan bangunan perpustakaan

Di bawa melihat sekitar perpustakaan

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pustakawan Kanan

Pelawat di bawa ke rak Bahasa Moden di Aras 3 untuk melihat koleksi bahan bahasa Tamil

Bergambar bersama Pustakawan Kanan, pengiring lawatan

Saturday, May 6, 2017

Lawatan SK Sungai Serai, Rawang, Selangor

6 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Rawang, Selangor seramai 25 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang.

Berehat di ruang novel, Aras 4 Perpustakaan
Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan
Penerangan dan lawatan berpandu oleh pustakawan pengiring

Mengambil peluang membaca buku-buku yang digemari

Aktiviti bebas di ruang novel

Thursday, May 4, 2017

Lawatan SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak

4 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak seramai 43 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang

Aluan selamat datang oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Melawat sekitar perpustakaan

Santai dan bersahaja murid-murid ini melayan kerenah masing-masing

Bergambar kenangan bersama kakitangan perpustakaan dan guru-guru pengiring

Wednesday, May 3, 2017

Lawatan Jabatan Pendidikan Selangor (Sekolah Terpilih)

3 Mei 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar sekolah-sekolah terpilih dari negeri Selangor. Lawatan di kendalikan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dan melibatkan seramai 100 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 10.30 pagi.

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Bergambar kenangan
Lawatan sekitar perpustakaan

Pelajar berehat dan santai di ruang novel, Aras 4 Perpustakaan

Tuesday, May 2, 2017