Friday, August 25, 2017

Lawatan SMA Parit Sulong, Johor

25 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Johor seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan
Bergambar kenangan. Pihak perpustakaan menerima cenderahati daripada pihak sekolah

Lawatan sekitar perpustakaan
Ruang Teabrary, aras 1 perpustakaan

Wednesday, August 23, 2017

Bengkel Reference Manager Tools (Mendeley)

23 Ogos 2017 -- Unit Latihan UPSI telah mengadakankan Kursus Reference Manager Tools (Mendeley) khusus untuk pustakawan dan pensyarah. Seramai 45 peserta kursus termasuk pensyarah dan pustakawan telah menghadiri kursus selama sehari itu yang diadakan di Makmal IT, Perpustakaan Tuanku Bainun

Sebahagian daripada peserta kursus

Pustakawan yang menghadiri kursus

Antara pensyarah yang turut serta
Timbalan Ketua Pustakawan turut sama hadir ke kursus Mendeley

Tuesday, August 22, 2017

Lawatan SMK Keladi, Kedah

22 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kedah seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Bergambar kenangan bersama kakitangan perpustakaan

Pelawat di ruang pameran, aras 1

Program Khidmat Masyarakat (CSR) Di Hospital Slim River


22 Ogos 2017 --- Perpustakaan Tuanku Bainun mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Hospital Slim River. Pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya adalah :

✱Story Telling
✱Origami
✱Seni & Kraf
✱Nyanyian


Semua aktiviti ini telah diadakan dengan pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia.

Perpustakaan Tuanku Bainun turut menyumbangkan buku kepada pihak hospital dan membuat lawatan ke wad pediatrik.

Terima kasih Hospital Slim River atas kerjasama yang diberikan

Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob menyerahkan cenderahati ikatan buku kepada Pakar Pediatrik Hospital Slim River, Dr. Nizam Malik bin Bali Mahomed sebagai simbolik sumbangan buku-buku daripada Perpustakaan Tuanku Bainun kepada Hospital Slim River

Melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik dan memberikan cenderahati kepada pesakit

Pesakit kanak-kanak turut dihiburkan oleh Dr HootHoot, maskot Perpustakaan Tuanku Bainun

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh kakitangan perpustakaan di Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Slim River

Bergambar bersama kakitangan hospital dan kanak-kanak yang menyertai program. Kanak-kanak ini mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia

Monday, August 21, 2017

Thursday, August 17, 2017

Lawatan peserta Malaysian Technical Cooperation Programme, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

17 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan peserta Malaysian Technical Cooperation Programme, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) seramai 25 orang termasuk peserta program dan kakitangan INSTUN. Lawatan dibawa oleh Fakuti Sains Kemanusiaan ke perpustakaan pada jam 12.00 tengahari

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibawa oleh Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Menonton filem di bilik tayangan, aras 4 perpustakaan

Bergambar kenangan di pintu utama perpustakaan

Lawatan Delegasi Kolej International Graduate Studies, Brunei

17 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima kunjungan rasmi delegasi Kolej International Graduate Studies (KIGS), Brunei seramai 7 orang. Lawatan diiringi oleh pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Ketibaan pelawat di ruang legar perpustakaan aras 1

Melawat kawasan sekitar perpustakaan

Taklimat di dalam Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan

Bergambar kenangan

Wednesday, August 16, 2017

Bengkel 'Database Usage Training & How To Get Your Article Published - Part 2

16 Ogos 2017 -- Bengkel 'Database Usage Training & How To Get Your Article Published' - Part 2 dengan topik bertajuk Top Tips For Publishing Success disampaikan oleh Mr. Matthew Cannon (Publisher for Earth & Environmental Science Journals, Oxford, UK. Bengkel ini adalah sambungan daripada bengkel yang pertama yang telah dijalankan pada 9-10 Ogos 2017 yang lalu. Bengkel di adakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun dan disertai oleh Pensyarah UPSI, pelajar-pelajar Master dan PhD

Peserta bengkel

Bergambar bersama Ketua Pustakawan selepas tamat bengkel

Bersama Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan penceramah bengkel

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang

16 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang seramai 36 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ke perpustakaan pada jam 3.30 petang

Melawat sekitar perpustakaan

Pelajar melihat cara-cara mencari bahan di dalan perpustakaan menggunakan OPAC

Bergambar kenangan

Taklimat perpustakaan dan penerangan lawatan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan

Friday, August 11, 2017

Bengkel 'Database Usage Training & How To Get Your Article Published - Part 1

9 Ogos 2017 --- Telah berlangsung Bengkel 'Database Usage Training and How To Get Your Article Published' oleh Mr. Elvin Cheah (Business Manager, Emerald Group Publishing) yang disertai oleh pelajar Master, phD dan juga pensyarah UPSI. Bengkel dijalankan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun

Para peserta bengkel

Pendaftaran peserta

Sessi bergambar di akhir bengkel

Cenderahati daripada Perpustakaan Tuanku Bainun disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan

Monday, August 7, 2017

Wednesday, August 2, 2017

Movie Review on 'Kung Fu Panda 3'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...