Tuesday, December 14, 2010

Tahniah kepada En. Mohd Razalli & Pn. Najah Saghirah

Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Razalli dan Pn. Najah Saghirah daripada Bahagian Perolehan kerana berjaya memperoleh tempat kedua dan memungut pingat perak di dalam Pertandingan Inovasi Dalam Pengurusan 2010 (INSAN 1) yang diadakan baru-baru ini.

Sistem VRS atau Sistem Penilaian Prestasi Pembekal adalah inovasi yang dibawa bertanding oleh kedua-dua Pustakawan Bahagian Perolehan ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka !

Berikut adalah liputan foto-foto sepanjang pertandingan berkenaan :







Friday, December 10, 2010

Makluman Waktu Perkhidmatan di Kaunter Tesis, Aras 2, PTB

Berikut adalah waktu perkhidmatan di kaunter tesis, aras 2, PTB


Dalam masa semester

Isnin-Jumaat : 9.00 pagi - 11.00 malam
(Tutup : 7.00 malam - 8.00 malam)
Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang (Tutup)
Sabtu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Ahad : 10.00 pagi - 5.00 petang


Semasa cuti semester

Isnin-Jumaat : 9.00 pagi - 7.00 petang
Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang (Tutup)
Sabtu-Ahad : 10.00 pagi - 3.00 petang


Sekian. Harap maklum.

Monday, December 6, 2010

Gangguan operasi perkhidmatan atas talian PTB

Tarikh : Selasa 7 Disember 2010
Masa : Bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang

Gangguan capaian operasi melibatkan :
1. Pustaka Knowledge Portal (WebOPAC sahaja)
2. UPSI Digital Collections

Gangguan adalah disebabkan oleh simulasi pemulihan bencana UPSI-Jaring bagi Sistem Maklumat Bersepadu UPSI yang akan diadakan.

Walaubagaimanapun, capaian EZProxy adalah tidak terlibat di dalam gangguan ini anda tuan/puan boleh mengaksesnya seperti biasa. Tuan/puan disaran untuk membuat pembaharuan pinjaman dengan segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Harap maklum.

Friday, December 3, 2010

Gangguan Bekalan Elektrik di Perpustakaan Tuanku Bainun

Perpustakaan Tuanku Bainun akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad 5 Disember 2010. Bersehubungan dengan itu, server-server utama perpustakaan akan ditutup bagi memastikan keselamatan peralatan-peralatan yang berkenaan.

Sistem yang akan tergendala adalah seperti berikut :
1. Sistem Web Portal (pustaka.upsi.edu.my)
2. Sistem EZProxy
3. iSYS
4. UPSI Digital Collections
5. WebOPAC

Selain daripada itu, pihak perpustakaan juga akan melaksanakan penyelenggaraan terhadap server-server berkenaan sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan elektrik berkenaan bermula pada jam 3.00 petang Sabtu 4 Disember 2010.

Bagi pembaharuan bahan, pengguna perpustakaan disaran untuk melaksanakannya selewat-lewatnya jam 3:00 petang Sabtu 4 Disember 2010 atau terus ke kaunter sirkulasi Perpustakaan Tuanku Bainun.

Sistem-sistem akan dipulihkan semula pada 8.00 pagi Isnin 6 Disember 2010.

Segala kesulitan amat dikesali.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi : 05-4506832 untuk berhubung dengan Meja Penasihat Pembaca. Harap maklum.