Monday, July 31, 2017

Lawatan Penandaarasan ke Universiti Anjung Utara

31 Julai 2017 -- Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan lawatan penandaarasan ke perpustakaan tiga universiti di anjung utara iaitu Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia Kedah dan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis pada 26-28 Julai 2017. 
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sistem dan carakerja yang digunapakai oleh perpustakaan tersebut dan juga menjalinkan ukhuwah antara Perpustakaan Tuanku Bainun dengan perpustakaan yang dilawati. Lawatan disertai hampir semua kakitangan Bahagian Perkhidmatan.











Thursday, July 27, 2017

Lawatan Kolej Vokasional Sepang, Selangor

27 Julai 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Vokasional Sepang, Selangor seramai 35 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang

Lawatan sekitar ruang pameran, Aras 1 Perpustakaan
Bergambar kenangan bersama kakitangan

Ruang Knowledge Cafe, Aras 1 Perpustakaan

Taklimat perpustakaan dan penerangan sepanjang lawatan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Wednesday, July 26, 2017

Kunjungan Rasmi Delegasi Universiti Dar Al Hikmah, Arab Saudi

26 Julai 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima kunjungan rasmi daripada Delegasi Universiti Dar Al Hikmah, Arab Saudi seramai 12 orang. Lawatan diiringi oleh Dr. Shamsul Arrieya b. Ariffin (Timbalan Pengarah BHEA) dan Dr. Mohamed Y. M. Mai (Penyelaras BHEA). Lawatan di bawa oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ke perpustakaan pada jam 4.00 petang.

Lawatan sekitar perpustakaan

Ketibaan delegasi ke perpustakaan

Penerangan mengenai perpustakaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Cik Noriha Muhammad (bertudung ungu) dan dibantu oleh Pustakawan Kanan, Puan Azura Adnan (bertudung biru)

Bergambar kenangan bersama staf perpustakaan dan staf BHEA

Thursday, July 20, 2017

Movie Review on 'Miss Peregrine's Home for Peculiar Children'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

English Language in Early Childhood Education Forum 2017

20 Julai 2017 -- Forum ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) dengan kerjasama Lincoln Corner Malaysia dan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Forum dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ksenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia. 

YBhg. Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat, Timbalan Dekan HEPA, Fakulti Pembangunan Manusia dilantik sebagai moderator forum. 

Pembentang forum pula terdiri daripada : 
1. Dr. Mazlina binti Che Mustafa Timbalan Pengarah II, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), 
2. Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 
3. Puan Vikneswari Kathirgamu Head Of Program & Senior Lecturer (Early Childhood Education) Quest International University Perak

Ketibaan VVIP YB Dato' Nolee Ashilin disambut oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff dan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob dan Pengarah PKNAP Tuan Haji Nazari Haji Abdul Hamid

Ucapan aluan oleh TNC HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi

Moderator dan pembentang forum. Dari kiri Dr. Mazlina binti Che Mustafa, YBhg. Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat (moderator), Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid dan Puan Vikneswari Kathirgamu

Peserta-peserta forum yang memenuhi Dewan Sri Tanjong, UPSI

Tuesday, July 11, 2017

Pemilihan Buku oleh Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia

11 Julai 2017 -- Bahagian Perolehan, Perpustakaan Tuanku Bainun telah turun padang ke Fakulti Pembangunan Manusia di Kampus Sultan Azlan Shah untuk memberi peluang kepada pensyarah membuat pemilihan buku-buku yang sesuai, untuk dibeli oleh perpustakaan sebagai bahan rujukan dan pinjaman pelajar-pelajar

Pembekal buku yang mengambil bahagian di dalam pemilihan buku-buku oleh pensyarah

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff meluangkan masa melihat buku-buku yang dibawa oleh pembekal buku untuk pemilihan oleh pensyarah

Pensyarah FPM memilih buku-buku yang sesuai untuk P&P

Suasana di lobi bawah FPM

Monday, July 10, 2017

Lawatan Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah

10 Julai 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Anak-Anak Asnaf Baitul Hasanah seramai 49 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Fakulti Pembangunan Manusia UPSI ke perpustakaan pada jam 3.00 petang

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan

Cara-cara mencari bahan menggunakan OPAC

Penerangan mengenai OPAC

Lawatan sekitar perpustakaan

Thursday, July 6, 2017

Read the book! Watch the movie!!

Now you can read the book and watch the movie at Level 4, Perpustakaan Tuanku Bainun. See you there...

Tuesday, July 4, 2017