Latihan Penggunaan Pangkalan Data BLIS

29 Mac 2018 -- Satu sessi latihan Pangkalan Data Bernama Library Infoline Services (BLIS) telah diadakan untuk kakitangan perpustakaan yang terdiri daripada pustakawan kanan dan pembantu pustakawan kanan. Sessi latihan bermula pada jam 2.45 petang oleh Puan Raj Anila yang menerangkan ciri-ciri baharu yang telah ditambahbaik pada pangkalan data BLIS. Kemudian diteruskan dengan taklimat penggunaan pangkalan data oleh Encik Wan Mohd. Rady. Para peserta turut diuji pemahaman dengan aktiviti kuiz yang disediakan oleh pihak BERNAMA dan hadiah turut disediakan.

Antara kakitangan yang turut serta di dalam sessi latihan separuh hari tersebut.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan turut hadir ke sesi latihan pangkalan data BLIS

Puan Raj Anila menerangkan ciri-ciri baharu di dalam pangakalan data BLIS