Lawatan Penandaarasan ke Balai Seni Visual Negara

2 April 2018 -- Lawatan penandaarasan telah diadakan ke Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang melibatkan 2 orang Pustakawan, seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan 6 orang Kumpulan Pelaksana daripada Unit Promosi Seranta (UPS) dan Unit Sumber Media dan Elektronik (USME), Perpustakaan Tuanku Bainun. Tujuan lawatan penandaarasan ini diadakan adalah untuk mempelajari tatacara pengurusan pameran, tatacara penyimpanan bahan foto dan keperluan sistem dalam membantu pengurusan bahan pameran dan foto perpustakaan. Selain daripada itu, lawatan ini adalah sebagai salah satu jaringan jangka panjang dimana pihak Balai Seni Visual Negara(BSVN) sudi untuk berkongsi bahan pameran kepada Perpustakaan Tuanku Bainun mengikut tema pameran yang diperlukan. Semoga lawatan penandaarasan ini memberi manfaat yang cukup baik dan memberi ruang penambahbaikan proses kerja khususnya bagi Unit Promosi Seranta dan Unit Sumber Media dan Elektronik.

Encik Syahrul Niza Ahmad Zaini, Penolong Kurator Kanan Seksyen Pameran menerangkan tatacara pameran dijalankan di BVSN

En. Ameruddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi menyerahkan cenderahati BSVN kepada wakil perpustakaan, Pn. Firdausiah Ahamad

Bergambar bersama kakitangan BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Menerima buku-buku sumbangan untuk diserahkan kepada Perpustakaan Tuanku Bainun.