Tuesday, July 27, 2010

Pertandingan Fotografi 2010

Bersempena dengan Kempen Galakan Membaca 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, akan menganjurkan Pertandingan Fotografi bertemakan 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertandingan ini sila ke pautan 'Pertandingan Fotografi 2010'

Monday, July 26, 2010

Pesta Buku UPSI 2010



Dari 26 hingga 30 Julai akan berlangsung Pesta Buku UPSI kali ke-8 di perkarangan tempat letak kereta, Student Lounge dan Bilik Bacaan 24 Jam
Perpustakaan Tuanku Bainun.
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya !

Monday, July 19, 2010

Pameran Anime & Manga 2010



Kini di ruang legar pameran, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun sedang berlangsung pameran bertema anime dan manga untuk tatapan para pengunjung.

Pameran ini akan berlangsung daripada 19 sehingga 30 Julai 2010. Di samping itu terdapat juga gerai jualan daripada penerbit-penerbit majalah komik di Malaysia (akan bermula pada 21 Julai 2010).

Marilah beramai-ramai mengunjungi Perpustakaan Tuanku Bainun ! Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada pautan 'Pameran Anime dan Manga 2010' di atas.

Selain daripada itu, alihkan juga perhatian anda kepada Bengkel Kartun dan Karikatur yang akan diadakan pada 24 sehingga 25 Julai 2010. Borang dan maklumat bengkel boleh diperolehi daripada pautan pada ruangan atas blog ini.

Thursday, July 1, 2010

Pertandingan Fotografi 2010





Bersempena dengan Kempen Galakan Membaca 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun akan menganjurkan Pertandingan Fotografi bertemakan 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'.





Peserta adalah digalakan untuk mengambil gambar apa jua peristiwa / senario yang memberikan gambaran mengenai budaya membaca atau usaha-usaha yang berteraskan ke arah memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat.





Pertandingan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UPSI kecuali Jawatankuasa Penganjur dan kakitangan UPSI berjawatan Ahli Fotografi. Pertandingan akan berlangsung selama dua (2 minggu) bermula 02hb. Ogos 2010 hingga 13hb. Ogos 2010. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5.00 petang, 13hb. Ogos 2010.






Syarat-syarat dan Borang penyertaan :


Penyertaan telahpun ditutup. Perhatikan laman ini untuk capaian dan pengumuman lanjut mengenai keputusan pertandingan.





Untuk maklumat lanjut hubungi :


En. Rozman Che Ross - 05-4506797/6832 (Pejabat)

En. Nurul Kashfi Subri - 05-4506833/6832 (Pejabat)


Bengkel Kartun & Karikatur 2010













Poster (Klik untuk diperbesarkan)





Tarikh bengkel : (pindaan)




Sabtu hingga Ahad, 7 dan 8 Ogos 2010
Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bengkel telah ditunda ke tarikh-tarikh sepertimana di atas. Kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran, mohon untuk menghubungi pihak urus setia untuk memaklumkan mengenai komitmen penyertaan. Pihak urus setia bersedia untuk memulangkan yuran penyertaan kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran tetapi tidak dapat mengikuti bengkel setelah berlaku pindaan tarikh bengkel.



Tentatif bengkel : (Klik untuk diperbesarkan)





















Bertempat di :


Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, Tanjong Malim.







Pengendalian bengkel :


Bengkel ini akan dikendalikan oleh 3 orang kartunis yang berpengalaman iaitu :
Nud’s, Ramzahurin dan Wan daripada Majalah Gila-Gila.







Kelebihan bengkel :


  • Bengkel dikendalikan dengan santai dan kurang penggunaan istilah-istilah sukar.

  • Peserta akan bersemuka terus dengan kartunis profesional.

  • Peserta akan dapat memahami kaedah melukis kartun dengan lebih dekat dan bukan hanya pada kefahaman teori.



Yuran penyertaan :


RM 30.00 seorang (termasuk sijil penyertaan, makan tengahari dan minum petang)



    Borang penyertaan :


    1. Anda boleh dapatkan borang mulai tengahari Rabu 14 Julai 2010 di Kaunter Pengawal Keselamatan, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun, ATAU

    2. Pindah terima borang : (klik untuk diperbesarkan)








    Penghantaran borang penyertaan :
    Anda boleh menghantar borang yang siap diisi di Kaunter Pengawal Keselamatan, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun pada atau sebelum jam 5.00 petang Khamis 5 Ogos 2010. Tertakluk kepada kekosongan.


    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Urus Setia berikut :
    En. Hizam : 05-4506558 (Pejabat)
    013-2053495

    En. Khairul : 05-4506775 (Pejabat)
    En. Zaini : 019-5555330

    Pameran Anime & Manga 2010







    Tarikh-tarikh pameran :


    19-30 Julai 2010





    Lokasi pameran :


    Ruang Legar Pameran, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun





    Pas Masuk (untuk pelawat/organisasi luar):


    [Klik untuk pindah terima]


    Gerai pameran dan jualan:
    Tarikh : 21hb - 23hb Julai 2010
    Masa : 10.00 - 6.00 petang



    Pemamer:
    * Art Square Creation (Gempak Starz & Arena Publisher)
    * Creative Enterprise
    * MOY Publication
    * Naela Sdn Bhd (Upin & Ipin reseller)




    Tayangan filem anime


    Tempat - Bilik Serbaguna I, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun
    Maklumat tayangan adalah sebagaimana poster di bawah :