Thursday, March 29, 2018

Latihan Penggunaan Pangkalan Data BLIS

29 Mac 2018 -- Satu sessi latihan Pangkalan Data Bernama Library Infoline Services (BLIS) telah diadakan untuk kakitangan perpustakaan yang terdiri daripada pustakawan kanan dan pembantu pustakawan kanan. Sessi latihan bermula pada jam 2.45 petang oleh Puan Raj Anila yang menerangkan ciri-ciri baharu yang telah ditambahbaik pada pangkalan data BLIS. Kemudian diteruskan dengan taklimat penggunaan pangkalan data oleh Encik Wan Mohd. Rady. Para peserta turut diuji pemahaman dengan aktiviti kuiz yang disediakan oleh pihak BERNAMA dan hadiah turut disediakan.

Antara kakitangan yang turut serta di dalam sessi latihan separuh hari tersebut.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan turut hadir ke sesi latihan pangkalan data BLIS

Puan Raj Anila menerangkan ciri-ciri baharu di dalam pangakalan data BLIS

Lawatan Universiti Chung Cheng, Taiwan

29 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Chung Cheng, Taiwan seramai 32 orang termasuk pelajar dan pensyarah pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Ikhtisas Bola Sepak Sesi 2 2017/2018 UPSI ke perpustakaan pada jam 10.30 pagi

Bergambar di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Firdausiah Ahamad

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan di bawa oleh Pustakawan Kanan

Bilik Koleksi Sumber Media, Aras 4

Wednesday, March 28, 2018

Lawatan SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu

28 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar SMKA Durian Guling, Marang Terengganu seramai 75 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI ke perpustakaan pada jam11.30 pagi

Melawat sekitar perpustakaan

Bersama guru pengiring

Bergambar di lobi perpustakaan

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan di bawa oleh pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI

Thursday, March 22, 2018

SpringerLink Training Session and Publisher Talk

22 Mac 2018 -- Satu sesi latihan dan perkongsian tips untuk penulisan dan penerbitan artikel di dalam Pangkalan Data SpringerLink telah dijalankan di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun. Latihan ini disasarkan kepada kakitangan akademik, pelajar siswazah dan kakitangan perpustakaan. Taklimat latihan disampaikan oleh Mdm Melinda Luk, Senior Marketing Specialist daripada Springerlink. Seramai 27 orang telah menghadiri latihan tersebut yang diadakan mulai jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Peserta yang menyertai bengkel

Mdm Melinda Luk, sebagai fasilitator

Cenderahati daripada Perpustakaan Tuanku Bainun di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan

Bergambar bersama peserta di akhir sessi

Wednesday, March 21, 2018

Emerald Training Session and Publisher Talk

21 Mac 2018 -- Satu sesi latihan dan perkongsian tips untuk penulisan dan penerbitan artikel jurnal telah dijalankan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun. Latihan ini disasarkan kepada kakitangan akademik, pelajar siswazah dan kakitangan perpustakaan. Taklimat latihan disampaikan oleh Encik Ben S'ng, Senior Consultant Emerald Group Publishing Ltd. Seramai 55 orang telah menghadiri latihan tersebut yang diadakan mulai jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.


Encik Ben S'ng, Senior Consultant Emerald Group Publishing Ltd sebagai fasilitator memberikan tips penulisan dan penerbitan artikel jurnal.

Antara kakitangan akademik dan pelajar siswazah yang mengikuti latihan di anjurkan oleh perpustakaan

Penyampaian cenderahati daripada wakil perpustakaan, Encik Mohd Razalli Ahmad Termizi kepada fasilitator

Bergambar bersama peserta bengkel di akhir program

Thursday, March 15, 2018

Lawatan Rohingya Integrated School of Excellence

15 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Rohingya Integrated School of Excellence seramai 30 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Majlis Mahasiswa Kolej UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pustakawan Kanan

Kedatangan pelajar-pelajar Rohingya ke perpustakaan

Wakil Majlis Mahasiswa Kolej membawa pelajar melihat persekitaran perpustakaan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Tuesday, March 13, 2018

Lawatan Penandaarasan ke Wisma BERNAMA

13 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan lawatan penandaarasan ke BERNAMA. Seramai 9 orang kakitangan darpada Unit Serial, Media Dan Sumber Elektronik serta Unit Promosi dan Seranta termasuk seorang Pegawai Sistem Maklumat telah mengikuti lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk melihat tatacara pengurusan bahan foto yang dilaksanakan oleh pihak BERNAMA. Kakitangan perpustakaan turut diberi penerangan ringkas tentang bahagian-bahagian yang terdapat di BERNAMA serta fungsi setiap bahagian.

Bergambar pintu masuk bangunan Wisma BERNAMA

Pengurus Unit Foto BERNAMA, Encik Farhan Mustafa dan Puan Siti Amirah Mohd Nor, Eksekutif Pemasaran menyambut kedatangan kakitangan perpustakaan. Kami di bawa ke dalam bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat pengenalan mengenai BERNAMA.

Lawatan sekitar BERNAMA. Kami dibawa ke Studio Berita, Unit BERNAMA Images, Perpustakaan dan juga BERNAMA Radio.

Keadaan di dalam bilik berita BERNAMA.

Saturday, March 10, 2018

Mini Karnival Taman Sekiah Makmur

10 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan lagi khidmat sosial kemasyarakatan (CSR) dengan menyertai pameran organisasi kerajaan semasa Mini Karnival Rakyat 2018 anjuran Persatuan Penduduk Taman Sekiah Makmur (PPTSM) pada 10 Mac 2018 bertempat di Padang Taman Sekiah Makmur, Behrang Ulu. Program tersebut telah dirasmikan oleh dan YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II merangkap ahli Parlimen Tanjung Malim. Seramai lebih 100 orang telah mengunjungi booth perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Perkhidmatan Perpustakaan, Permohonan Keahlian Perpustakaan, pelbagai permainan yang dikendalikan oleh Ahli Kelab Sahabat Pustaka dan juga maskot perpustakaan Dr. Hoothoot turut memeriahkan booth perpustakaan.

Mini Karnival dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, ahli parlimen Tanjong Malim

Bergambar kenangan bersama YB Dato' Seri Ong Ka Chuan

Antara permainan yang dijalankan di booth perpustakaan

Pengunjung yang mencuba permainan 'puzzle'

Suasana meriah di booth perpustakaan

Kemeriahan di Mini Karnival Taman Sekiah Makmur

Thursday, March 8, 2018

Lawatan SMK Labu Besar, Kulim Kedah

8 Mac 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, Kulim Kedah seramai 48 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Himpunan Anak Kedah (HAK) UPSI ke perpustakaan pada jam 2.00 petang

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Pelajar mendengar taklimat perpustakaan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Lawatan berpandu oleh pelajar UPSI

Monday, March 5, 2018