Sunday, April 29, 2018

Lawatan Himpunan Mahasiswa/wi ASEAN (HIMSAS)

29 April 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada Himpunan Mahasiswa/wi ASEAn (HIMSAS) seramai 160 orang termasuk pelajar UPSI sebagai pengiring lawatan Lawatan ini telah dibawa oleh Persatuan Persuratan Malayu UPSI ke perpustakaan pada jam 11.00 pagi

Bergambar di hadapan perpustakaan

Friday, April 27, 2018

Lawatan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak

27 April 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak seramai 49 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 10.00 pagi

Lawatan berpandu dan penerangan ringkas oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Cenderahati daripada pihak sekolah kepada perpustakaan diterima oleh Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Bergambar kumpulan di ruang legar perpustakaan, aras 1

Tuesday, April 24, 2018

Jom Membaca 10 Minit

24 April 2018 -- Pada tahun ini Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI berjaya meneruskan Program Jom Baca Bersama 10 Minit sebagai tanda sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Apa yang menarik dan berbeza bagi tahun ini adalah pemilihan lokasi dan sasaran peserta yang berbeza daripada tahun sebelum ini. Program ini melibatkan keseluruhan pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River seramai 596 orang. Semoga program ini menjadi perintis pada tahun akan datang bagi memupuk budaya membaca dikalangan pelajar sekolah.

Pelajar dan guru SMKA serta kakitangan perpustakaan yang menjayakan program Jom Membaca 10 Minit

Tidak mengira di mana sahaja, program ini tetap dijalankan. Pelajar membaca santai di kawasan sekolah.

Pelajar-pelajar membawa bahan bacaan ke mana sahaja mereka pergi. Tepat jam 11.00 pagi, mereka berhenti selama 10 minit untuk membaca dan menjayakan program ini

Kakitangan perpustakaan yang terlibat di dalam program ini.

Lawatan SMK Badrul Alam Shah, Kemaman, Terengganu

24 April 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar SMK Badrul Alam Shah, Kemaman, Terengganu seramai 73 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam11.00 pagi


Bergambar di hadapan perpustakaan bersama Penolong Pustakawan yang bertindak sebagai pegawai pengiring lawatan.

Monday, April 23, 2018

Lawatan Universitas Syiah, Banda Aceh

23 April 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universitas Syiah, Banda Aceh seramai 8 orang termasuk pensyarah pengiring. Lawatan ini sampai ke perpustakaan pada jam 2.00 petang

Bergambar bersama Puskawan Kanan di ruang pameran, aras 1

Cenderahati daripada pelawat untuk perpustakaan di terima oleh Penolong Pustakawan


Wednesday, April 18, 2018

Lawatan Penandaarasan KIK Daripada UIAM

18 April 2018 -- Perpustakaan telah menerima lawatan kerja daripada Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Lawatan yang terdiri daripada 5 orang kakitangan telah tiba di perpustakaan pada jam 9.30 pagi dan telah disambut oleh Pustakawan Kanan Encik Hizam Samin dan Puan Wan Kartini Wan Sulaiman. Lawatan kerja ini lebih kepada untuk melihat dan berkongsi pengalaman mengenai projek Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) Perpustakaan Tuanku Bainun. Fokus utama adalah ingin melihat projek OffPAC yang telah menjadi Johan di Konvensyen KIK Universiti Awam pada tahun 2016.

Bergambar di ruang hadapan perpustakaan

Perbincangan di dalam Bilik Mesyuarat Utama PTB dan turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob

Pelawat diberi penerangan mengenai projek KIK Oasis (PTB) oleh Encik Hizam Samin selaku fasilitator kumpulan Oasis

Bergambar bersama Ketua Pustakawan di ruang pejabat beliau.

Lawatan Penandaarasan Daripada UPNM

18 April 2018 -- Perpustakaan telah menerima lawatan penandaarasan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Lawatan terdiri daripada 5 orang kakitangan dan tiba di perpustakaan pada jam 11.00 pagi. Beberapa perkara telah dibincangkan antara pihak UPNM dan juga Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) yang diwakili oleh Pustakawan Kanan, Encik Rozman Che Ross yang juga Ketua Bahagian Pengurusan Pelanggan & Koleksi. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai peraturan dan pelaksanaannya di PTB, impak daripada pelaksanaan peraturan dan cara PTB mengatasinya. Turut dibincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa dalaman dalam kes kecurian, kehilangan barang-barang pengunjung perpustakaan.

Bergambar di ruang hadapan perpustakaan

Perbincangan bersama Pustakawan Kanan, Encik Rozman Che Ross diadakan di Ruang Perbincangan, Aras 1, Perpustakaan

Perpustakaan menerima cenderahati daripada pihak UPNM

Cenderahati daripada PTB disampaikan oleh Encik Rozman

Lawatan SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar

18 April 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar seramai 85 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI ke perpustakaan pada jam 11.00 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan

Lawatan berpandu dibawa oleh kakitangan Pusat Kaunseling

Pelajar di bawa melawat sekitar perpustakaan

Monday, April 9, 2018

Movie Review on 'IT'

Movie review on selected films available at Perpustakaan Tuanku Bainun.

Monday, April 2, 2018

Lawatan Penandaarasan ke Balai Seni Visual Negara

2 April 2018 -- Lawatan penandaarasan telah diadakan ke Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang melibatkan 2 orang Pustakawan, seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan 6 orang Kumpulan Pelaksana daripada Unit Promosi Seranta (UPS) dan Unit Sumber Media dan Elektronik (USME), Perpustakaan Tuanku Bainun. Tujuan lawatan penandaarasan ini diadakan adalah untuk mempelajari tatacara pengurusan pameran, tatacara penyimpanan bahan foto dan keperluan sistem dalam membantu pengurusan bahan pameran dan foto perpustakaan. Selain daripada itu, lawatan ini adalah sebagai salah satu jaringan jangka panjang dimana pihak Balai Seni Visual Negara(BSVN) sudi untuk berkongsi bahan pameran kepada Perpustakaan Tuanku Bainun mengikut tema pameran yang diperlukan. Semoga lawatan penandaarasan ini memberi manfaat yang cukup baik dan memberi ruang penambahbaikan proses kerja khususnya bagi Unit Promosi Seranta dan Unit Sumber Media dan Elektronik.

Encik Syahrul Niza Ahmad Zaini, Penolong Kurator Kanan Seksyen Pameran menerangkan tatacara pameran dijalankan di BVSN

En. Ameruddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi menyerahkan cenderahati BSVN kepada wakil perpustakaan, Pn. Firdausiah Ahamad

Bergambar bersama kakitangan BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Kakitangan di bawa melawat pameran-pameran yang terdapat di BSVN

Menerima buku-buku sumbangan untuk diserahkan kepada Perpustakaan Tuanku Bainun.