Saturday, September 30, 2017

Pesta Buku UPSI Ke -15 2017

30 September 2017 -- Pesta Buku UPSI kali Ke 15 telah berlangsung dengan jayanya. Pesta yang berlangsung selama empat hari mulai 27 - 30 September 2017 telah diisi dengan pelbagai aktiviti anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang UPSI. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta adalah :

  • "Lunch Date"bersama Nia Azalea - 27 September jam 12.00 hingga 1.00 petang
  • Sepetang Bersama Mat Luthfi - 27 September jam 3.00 hingga 5.00 petang
  • Bicarawara Sains Islam Bersama Prof. Madya Dr. Rofa Ismail - 28 September jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Bedah Buku "The Fourth Industrial Revolution" Bersama Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar - 28 September jam 2.30 hingga 4.30 petang
  • Program Diskusi Kumpulan Cerpen Kurung dan Kumpulan Puisi Remaja Cermin Adab karya Norazimah Zakaria - 29 September jam 9.00 hingga 11.30 pagi
  • Pertandingan Mewarna Bersama Uneh - 30 September jam 9.00 hingga 10.30 pagi
  • Bersama Penulis Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak? - 30 September 2017 jam 11.00 hingga 1.00 petang
  • Jualan buku sepanjang pesta berlangsung
Hampir 5 ribu orang telah berkunjung ke pesta dan memeriahkan program-program yang telah di adakan. Sepanjang pesta ini berlangsung, maskot perpustakaan Dr. Hoothoot menjadi tarikan utama pengunjung terutama kanak-kanak

Pembekal-pembekal buku yang menyertai Pesta Buku UPSI

Koperasi UPSI antara booth yang paling disukai pengunjung

Pengunjung yang terdiri daripada pelajar UPSI dan juga masyarakat sekitar Tanjong Malim

Antara kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun yang bertugas sepanjang pesta buku

Kakitangan Pejabat Karanag Mengaranag yang tururt bertugas dan juga membuka gerai jualan makanan untuk pengunjung pesta

Ketua Pustakawan, Pn. Rusliza Yaacob turut mengunjungi pesta buku untuk memberikan sokongan

Ketua Pustakawan bersama penulis Melur Jelita
Maskot Perpustakaan Tuanku Bainun, Dr. Hoothoot yang berada disepanjang pesta berlangsung menghiburkan pengunjung dengan keletahnya yang ceria dan bersahaja
Peminat cilik Dr. Hoothoot
Dr. Hoothoot sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar

Sepetang Bersama Luthfi, program yang paling mendapat sambutan di pesta buku
Antara peminat Mat Luthfi yang tidak melepaskan peluang beramah mesra secara santai bersama selebriti vlogger & penulis ini
"Lunch Date" bersama Nia Azalea, penulis novel Kau Yang Satu & Hati Yang Yang Terusik

Bicarawara Sains Islam bersama penulis Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Bergambar bersama AJK Bicarawara Sains Islam

Bedah Buku "The Fourth Industrial Revolution" Bersama Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar

Bergambar bersama peserta program Bedah Buku
Diskusi Kumpulan Cerpen Kurung dan Kumpulan Puisi Remaja Cermin Adab karya Norazimah Zakaria

Antara pelajar UPSI yang mendeklamasi sajak karya Norazimah Zakaria

Bersama Penulis Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak?

Peserta program Bersama Melur Jelita menerima hadiah cabutan bertuah

Bersama Raja Pensel, Uneh dalam pertandingan mewarna

Peserta kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna

Friday, September 29, 2017

Lawatan Delegasi dari Banten, Indonesia

29 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada Delegasi Banten, Indonesia. Lawatan ini bersempena Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam Dalam Pendidikan 2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Pembangunan Manusia UPSI dengan kerjasama Kementerian Agama Wilayah Banten Indonesia, Universiti Islam Negeri Daerah Banten dan Jabatan Agama Islam Perak. Delegasi yang terdiri daripada 80 orang pelawat di bawa ke perpustakaan oleh Fakulti Pembangunan Manusia pada jam 9.00 pagi

Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan
Lawatan sekitar perpustakaan
Penerangan diberikan oleh Pustakawn Kanan sepanjang lawatan
Bergambar kenangan di hadapan bangunan perpustakaan

Lawatan Pelajar Pra U Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim

29 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan pelajar -pelajar Pra U daripada Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim seramai 120 orang. Lawatan ini bersempena program Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu Selangkah Ke UPSI anjuran Bahagian Komunikasi Korporat UPSI dengan kerjasama Kolej Ungku Omar. Lawatan ini dibawa oleh BKK ke perpustakaan pada jam 3.00 petang

Bergambar kenangan bersama kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun dan Bahagian Komunikasi Korporat di hadapan bangunan perpustakaan

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Pelajar mendengar taklimat di dalam Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun
Lawatan berpandu dibawa oleh kakitangan perpustakaan

Thursday, September 28, 2017

Lawatan SMK Kuala Nerang, Kedah

28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Himpunan Anak Kedah UPSI ke perpustakaan pada jam 9.00 pagi

Pelajar berkumpul untuk mendengar taklimat perpustakaan

Taklimat perpustakaan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan berpandu dan penerangan oleh pelajar UPSI

Bergambar kenangan bersama kakitangan

Lawatan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Muallim

28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Muallim seramai 30 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini bersempena program Hari Terbuka Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI dan pelajar telah dibawa oleh Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI ke perpustakaan pada jam 10.30 pagi

Pelajar berkumpul untuk mendengar taklimat perpustakaan

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan di bawa oleh pelajar UPSI

Lawatan Tabika KEMAS Daerah Muallim

28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Tabika KEMAS Daerah Muallim seramai 45 orang termasuk pelajar, guru pengiringdan ibubapa pelajar. Lawatan ini bersempena dengan program Open Day Unit Serial Media. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menghiburkan kanak-kanak ini. Antaranya : 

1. Menari dan menyanyi bersama maskot perpustakaan Dr. Hoothoot 
2. Membuat kraf sendiri iaitu topeng muka watak Baby Shark dan menari lagu kanak-kanak yang popular itu. 
3. Menonton filem yang disediakan oleh Unit Sumber Media di Auditorium PTB yang telah dijadikan mini pawagam 

 Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Mereka kemudian dibawa ke Pesta Buku di dewan SITC

Dr. Hoothoot menyambut kedatangan anak-anak dari Tabika KEMAS

Menari dan menyanyi bersama di Bilik Seminar PTB, Aras 4

Dr. Hoothoot turut beraksi menghiburkan anak-anak

Memakai topeng Baby Shark yang telah dibuat sendiri oleh mereka

Monday, September 25, 2017

Wacana Pantun Beradat Santun Melayu

25 September 2017 -- Telah berlangsung program Wacana Pantun Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun di ruang bacaan Aras 1.

Pewacana jemputan :

1. Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin - Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Dr. Zubir bin Idris - Ketua Program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Tuan Sabri bin Yunus - Pengarah Filem/Drama & Selebriti

Moderator : Dr. Hasrina binti Baharum - Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Program dimulakan dengan persembahan berbalas pantun oleh pelajar-pelajar UPSI. Kemudian diikuti sketsa drama pendek mengisahkan Adat Merisik dan Meminang Orang Melayu yang dilakonkan oleh kakitangan perpustakaan. Sketsa yang penuh dengan seloka berbalas pantun dan gurindam lama yang mencuit hati tetamu.

Bergambar kenangan di akhir program

Persembahan oleh pelaja-pelajar UPSI

Sketsa pendek yang dijayakan oleh kakitangan perpustakaan

Para pewacana dan moderator yang dijemput untuk menjayakan program

Antara tetamu yang memeriahkan program Wacana Pantun Beradat Santun Melayu

Thursday, September 21, 2017

Lawatan SMK Damai Jaya, Johor Bharu, Johor

21 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Johor Bharu, Johor seramai 86 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.00 pagi

Taklimat disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Berkumpul di ruang pameran Aras 1 untuk mendengar taklimat perpustakaan

Lawatan berpandu dan penerangan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan berpandu turut dibantu oleh Pembantu Pustakawan

Bergambar kenangan di hadapan bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun